Posts Tagged ‘tide’
Pantai Teluk Lipat kini dilanda ombak pasang besar sehingga tembok berdekatan Medan Selera runtuh dan kayu kayuan dr laut terdampar sehingga ke atas jalan besar. Keroro pun hanya tahu perkara ni semasa nk lalu kot pantai utk ke Kuala Dungun dan tgk2 jalan ditutup.
Td Sobri Ismail mengkomen yg mlm ini air pantai pasang teruk di sana.. kita tgk sajalah esk mcamana aftermath dia.
Berikut adalah beberapa gamba yang dapat di ambil utk tatapan semua.
Mengikut dari kata ahli ahli Al- Falakh , kejadian ini berlaku kerana pertembungan musim tengkujuh dan angin musim tahun baru cina. Kejadian ini bukan sahaja berlaku di Terengganu, di Sabah hujan turun seminggu berturut turut sehingga banjir besar. Di utara Thailand pula kerajaannya telah mengumumkan darurat kerana cuaca terlalu sejuk . Sekurang kurangnya 5 orang telah meninggal dunia kerana suhu turun sehingga 15 darjah celcius. Rata rata di Malaysia juga sekarang ini mengalami cuaca sejuk luar biasa.
Jalan Pantai Teluk Lipat kini ditutup mulai dr simpang masuk ke IMTIAZ sehingga ke simpang Molek Inn untuk menjalankan usaha pembersihan. Tapi dalam duk tutup2 pun.. smlm keroro tgk ramai je yg turun dan makan angin , bwk family bergambar dan sebagainya.. Hehehehe..



