Posts Tagged ‘Sejarah’
Ada pernah satu ketika aku terdengar orang orang tua bercerita . Di suatu masa dlu semasa Dungun penuh dengan orang2 handalan berilmu seperti Hulubalang Tambun, Mat kilau dan ramai lagi, Teluk Gadung aka Bukit Bauk adalah tempat berhimpunnya segala jenis makhluk bunian.. Dan gua yg ada di bukit Telok Gadung tuh, adalah tempat di mana pendekar2 di zaman dahulu menuntut ilmu. Kiranya ala2 Hang Tuah lima beradik dlu lah.. Gua yang ada sekarang ni yg diketahui kita tak sama dgn gua yg pendekar2 dahulu kala menuntut ilmu. Gua yang mereka masuk adalah kena jampi2 serapahnya dan ada requirement tertentu sebelum dapat masuk. Sekarang ni kalau dicari mungkin sampai sudah tak jumpa. Dalam gua tersebut jugaklah adanya harta2 karun yang disorok geng Lang Merah yg ditangkap pengikut2 Tok Tambun.
edited on 21st december
Tahukah anda dari mana nama asal usul daerah Kertih dan Paka?
Ceritanya begini. Pada zaman dahulu kala , ada seorg pengait buah kelapa yg terkenal di daerah Kertih.
Pengait tersebut namanya Kote dan mempunyai seekor kera yg mahir mengait. Dan Kertih pada masa itu
mmg banyak pohon kelapa.. Sampai sekarang pun masih banyak pohon kelapa.
Jadi bila org² di Dungun nk mencari kelapa, mereka pergi ke Kerteh. Bila ditanya , ” Nak ke mana tu ? ” .
Mereka menjawab , ” Nok g kerete . Nok cari nyor ” .
Dalam slang terengganu iaitu kere dan Te . Kere ialah kera, Te ialah singkatan nama Kote .
Jadi mengikut cerita cerita orang orang tua, beginilah terjadinya nama daerah Kertih.
Paka pulak, waktu dlu ada ramai peniaga india di Dungun. Orang india ni suka makan sirih, dan bila nk makan sirih,
kena la ada buah pinang. Mengikut ceritanya org india panggil buah pinang sebagai buah paka ( PAKA ).
Waktu tu ada banyak buah pinang di daerah paka. Jadi lekat la panggilan paka dekat Paka..
Daerah Kertih pada asalnya adalah dibawah jajahan Daerah Dungun. Di ambil duduk di bawah jajahan daerah Kemaman
pada kali pertama pilihanraya di Terengganu. Di ambil kerana terlalu byk daerah yg di letak bawah jagaan Dungun, takut susah nk handle.. Ada jugak cerita cerita yg mengatakan Wan Mokhtar mengambil Kertih kerana kertih telahpun diketahui mempunyai minyak pada waktu ketika itu.


