Sejarah Nama Jalan Di Dungun dan Tok tambun
Oct 20, 2008 Dungun
Sambungan drpd Sejarah Dungun
Nama nama jalan di Dungun kebanyakkannya adalah drpd nama pemimpin2 dan orang2 besar di daerah Dungun pada zaman sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin ke 3 .
- Jalan Tambun
- Jalan Pak Dagang
- Jalan Sulaiman
- Jalan Panglima
Jalan Tambun - adalah diberi atas nama Tok Tambun ( Panglima Hitam Tambun / Pok Hitam Tambun )
Tok Tambun adalah menantu kepada Pak Dagang. Jesteru nama - Jalan Pak Dagang.
Jalan Sulaiman - Sulaiman adalah biras kepada Tambun dan menantu kepada Pak Dagang.
Jalan Panglima - diberikan atas nama Daud Panglima iaitu adik ipar Tok Tambun.
Tok Tambun dikatakan orang keramat yg memerintah Dungun. Perkara yg keluar dr mulutnya adalah benar, dan setiap perkara adalah mengikut kata beliau. Beliau adalah di ibaratkan raja daerah Dungun ketika itu.
Antara ilmu Tok Tambun yg plg diketahui adalah beliau boleh melompat sejauh 1 ekar tanah. Dan antara hikayat pemerintahan beliau yg paling di ingati adalah ketika beliau menitahkan utk menangkap perompak Helang Merah.
Perompak Helang Merah adalah perompak yg ditakuti pd zaman Sultan Zainal Abidin 3. Kumpulan yg terdiri drpd 4 org iaitu ;
- Helang Merah
- Sabut Kering
- Demam Tok Kebah ( demam tak kebah )
- Tunggul Buluh
Kumpulan Lang Merah di katakan melarikan diri setelah merompak di Pahang kemudiannya bersembunyi di Bukit Bauk. Tok Tambun telah menitahkan supaya perompak2 lang merah ditangkap. Yg menangkap perompak2 tersebut adalah menantu , saudara dan adik Tok tambun. Antara yg terlibat dlm penangkapan kumpulan Helang merah adalah Abdul Ghani, iaitu ayah kepada Aman, cicit tok Tambun yg masih hidup skrg. ( .. cerita ini akan bersambung di post akan dtg )
Tok Tambun dilahirkan pd 1829 . Beliau meninggal pd bulan Ramadhan tahun 1914. Kubur Tok Tambun berada di dalam kawasan masjid lama kg. Tengah berhampiran dgn Pejabat Balai Bomba daerah Dungun.
Saya menerima byk emel yg bertanyakan siapakah saya , penulis cerita ini dan siapakah pula sumber kepada cerita yg sy ceritakan ini dan apakah pula kesahihan cerita yg sy ceritakan di sini ?
Saya adalah anak kepada Pok Hashim, ataupun dikenali sbagai Hashim ( bob asin ) iaitu anak kepada Aman abd Ghani, cicit Tok Tambun. Sekiranya ada sesiapa yg ingin mengetahui sejarah Tok Tambun dan perihal yg berkaitan dgnnya bolehlah berjumpa dgn ayah saya di Sg. Udang .
Tags: Dungun, sejarah daerah dungun, sejarah dungun, sejarah nama jalan, terengganu, tok tambun
Sejarah Dungun
Sep 4, 2008 Dungun
http://dungun.net/history-of-dungun/
Tags: Dungun, history of dungun, sejarah dungun, terengganu


