The inside of UMNO ..

I’ve just read this news and i laugh while reading it. This is the only true news regarding UMNO i have ever seen coming from a veteran UMNO member. But then Ku Li also has his issues. Dia mmg nk jd PM dr dlu kan?

Ku Li mahu cabar presiden Umno

quote skit apa yg dia ckp

“Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur,” katanya.

“Rakyat sudah beri isyarat jelas dalam pilihanraya baru-baru ini, kenapa kita masih nak buat tak tahu dengan apa yang terjadi.”

Beliau berkata keputusan plihanraya umum lalu itu tidak terjadi dalam sejarah Umno dan BN.

“Hilang lima negeri bukan benda yang remeh, kalau kalah satu kerusi pun dah kita anggap serius, ini lima negeri BN hilang … (kita) tak nak buat apa-apa,” tambahnya.

hahahahaha…

Seharusnya, kata beliau lagi, pemimpin Umno mengambil kira suara rakyat yang disampaikan melalui undi dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.

“Rakyat sudah pun memberi isyarat jelas kenapa kita masih buat-buat tak faham lagi?” katanya.

radzi sheikh ahmadMengulas peletakan jawatan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai setiausaha agung Umno dan BN, Tengku Razaleigh berkata:

“Radzi meletak jawatan itu pun adalah petanda bahawa apa yang berlaku dalam Umno kini adalah satu masalah serius dan tidak boleh dipandang ringan.”

Ditanya sama ada menantu Perdana Menteri dan juga naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, sebagai beban kepada parti itu, Tengku Razaleigh berkata:

khairy jamaluddin 090305“Pendapat saya mengenai dia sama dengan pendapat orang lain, anda semua tahu apa yang orang kata mengenai budak ini.”

Beliau menambah, dalam politik sudah menjadi adat seseorang yang cepat naik akan turut jatuh dengan cepat.

Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, juga menggesa kepemimpinan negara mengambil berat kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah yang akan membawa kesan kepada Malaysia.

Katanya, apabila kadar jenayah di negara ini makin meningkat, itu menandakan ekonomi sedang lemah.

Tags:

Share/Save/Bookmark