Paklah Letak Jawatan?
Apr 7, 2008 News
Kempen anti-PM ke seluruh negara

Hmm.. kalau ikut dr berita ni nmpknya hebat gak perasaan memberontak dlm UMNO ( kalau btl la ) .. Kalau bc dr paperČ semua stakat ni elok je. takde apaČ pemberontakan etc.
Tu la org suh letak jawatan dia xnk..
Apr 7, 08 3:48pm
Kempen sekumpulan pemimpin akar umbi Umno untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur akan dipertingkatkan ke tahap lebih besar ke seluruh negara.
Selain majlis penerangan di negeri-negeri, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan berkumpul beramai-ramai di Putrajaya untuk mencapai matlamatnya, kata ketua cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman kepada Malaysiakini hari ini.
Tags: kempen anti PM, letak jawatan, paklah
Surat Mukhriz kepada Pak Lah
Terbaca kat website malaysiakini.com mengenai surat dr anak Tun Mahathir , yakni Mukhriz kepada Pak Lah yg menggesa Pak Lah meletakkan jawatan. Mengikut pd website malaysiakini, surat ni tak dicadangkan utk diedar kepada umum, tp terlepas kat internet dan beberapa blog politik.
Berikut adalah antara intisariČ surat tersebut;
“Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya,” katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.
“Saya berharap Datuk Seri (Abdullah) faham bahawa surat saya ini dibuat degan niat untuk menyelamatkan keadaan yang amat mencemaskan. Gerakan (pihak tertentu) telah bermula untuk menarik wakil-wakil rakyat BN supaya melompat ke parti lawan.
Tags: letak jawatan, mukhriz, pak lah, undur


