Posts Tagged ‘Dungun’
Berikut adalah nama-nama yang di keluarkan oleh SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA . Ini adalah senarai nama pemilih awam yang diragui 2011. Kalau ikut kata opposition, ini adalah senarai nama hantu yang bakal dtg mengundi di PRU13.
Pada tahun lepas Dungun.Net ada menulis mengenai banner Dungun Remote Car Circuit yang terletak di Padang Merdeka Dungun di mana label tersebut telah di salah eja.
Label itu kini telah pun diturunkan selepas TPM Muhyiddin Yassin datang ke Dungun pada 19/9 lepas.
Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri akan diadakan esok pada 20hb September 2011 di Padang Dewan Merdeka Dungun. Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengarah Strategik UMNO Terengganu Dato Rosli Mat Hassan.
Masuk tahun ni sudah 3 tahun MB Ahmad Said berjamuan di Dungun, sudah 3 tahun juga Ahmad Said melihat jalan2 di Dungun ni masih belum siap. Harap tahun ni Datuk Seri dapat mempercepatkan proses pembaik pulihan jalan dungun kita .
Terdengar cerita dari jamuan raya tahun2 yang sudah, jumlah makanannya tidak mencukupi kerana ada yang membawa pulang lauk ke rumah sehingga tidak cukup utk diberi kepada orang ramai yang datang. Sekiranya benar perkara tersebut, diharap tahun ni pihak tersebut biarlah bertimbang rasa kerana fungsi majlis ni adalah memberi jamuan kepada orang ramai.
p/s dah 3 hari tunggu dan setakat artikel ni ditulis, event ni masih tak berupdate di website MPD…
Ini satu lagi persoalan yang sering bermain di mulut orang Dungun kita, bila agaknya hospital Dungun akan mula dibina . Sudah lama orang Dungun mendengar akan rancangan utk membina hospital baru di tapak Che Lijah, malah keluar di akhbar mengenai hospital Dungun ni dah lama masuk dalam rancangan Malaysia ke 8. Read More


