Calon Exco Terengganu

Tujuh muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar, Rozi Mamat (Telemong), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Ashaari Idris (Langkap), Datuk Za’abar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir).

Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Terengganu - termasuk tujuh muka baru - dijangka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah pagi esok.

Tujuh muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar, Rozi Mamat (Telemong), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Ashaari Idris (Langkap), Datuk Za’abar Mohd Adib (Rantau Abang) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir).

Kesemua mereka menghadiri majlis raptai istiadat angkat sumpah jawatan exco di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut laporan Bernama, turut hadir ialah tiga muka lama - Adun Chukai Datuk Mohamed Awang Tera, Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) dan Toh Chin Yaw (Bandar).

Berdasarkan pada kehadiran di majlis raptai itu hari, dua exco kanan pada penggal lepas - Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - digugurkan daripada senarai barisan baru exco.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis raptai tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

http://www.malaysiakini.com/news/81081

Share/Save/Bookmark

Calon Pilihanraya Ke-12 Parlimen Dungun P039 Dan Terengganu

List asal dr myDungun

Barisan Nasional

PARLIMEN P039 - Maltulidi Bin Jusoh

N25 - Dun Bukit Besi = YB Din Adam
N26 - Dun Kuala Abang = YB Dato Zaaba Md Adib
N27 - Dun Sura = Rosli Harun
N28 - Dun Paka = YB Zakaria

Parti Pas

PARLIMEN P039 - Shamsul Iskandar Mohd Akin

N25 - Dun Bukit Besi = Nordin Othman
N26 - Dun Kuala Abang = Azman Shafawi Abd Rani
N27 - Dun Sura = Wan Hassan Mohd Ramli
N28 - Dun Paka = Saiful Bahri Mamat

Tags: terengganu, dungun

Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark