Posts Tagged ‘asal usul’

Asal Usul Nama Kampung-kampung Dungun

March 5, 2012  |  Dungun, Sejarah

Selama anda duduk di Dungun pernah tak terfikir dari mana kampung-kampung seperti batu 48, batu 5, teluk lipat dapat namanya ? Harini ini Dungun.Net akan menyingkap rahsia asal-usul nama nama kampung yang ada di bandar Dungun.

Teluk Lipat

Ramai yang menyangka Teluk Lipat ni dapat namanya hasil dari pantai yang berteluk seperti lipatan. Sebenarnya tidak begitu, asal usul nama Teluk Lipat adalah daripada nelayan-nelayan yang keluar mencari ikan. Nelayan selalunya keluar mencari ikan dari Kuala Dungun dan apabila sampai di pantai berdekatan sura , kebiasaanya tidak ada banyak ikan. Maka nelayan ni pun berkata sesama mereka , “mari kita lipat balik lah” dan memusingkan bot mereka ke arah Kuala Abang. Dari situ lah kekal nama Teluk Lipat.


Maka nelayan ni pun berkata sesama mereka , “mari kita lipat balik lah” dan memusingkan bot mereka ke arah Kuala Abang.

Balai Besar

Ada yang mengatakan Balai Besar ni namanya berasal dari sebuah balai yang dibina untuk bermesyuarat. Tetapi pada waktu dahulu di Balai Besar tidak berpenghuni, jalan pun tidak ada. Balai Besar pada waktu dahulu adalah tempat petani bercucuk tanam padi. Dari Kuala petani menyusur menggunakan perahu ke Sura Tengah di Masjid Sura.

Apabila sampai di Sura Tengah, mereka berjalan sehingga ke kawasan stesen Petronas sekarang. Di tapak Sek.Men.Sura itu pula terletaknya jelapang padi dan tanamam-tanaman petani tadi. Di situ juga terletaknya sebuah pokok yang sangat besar, iaitu pokok Balau. Balau besar akhirnya menjadi Balai Besar.

Sungai Pimpin

Pada waktu dahulu, Sungai Pimpin ni airnya deras. Dari sebalik bukit sekiranya hendak menyeberang ke sebelah Sungai Pimpin, orang ramai terpaksa berpimpin tangan untuk ke sebelah sana kerana takut hanyut dek air yang deras.

Pulai Serai

Pernahkan anda terfikir mengapa di tengah2 daratan ini ada sebuah kampung diberi nama Pulau Serai ? Ini kerana sebahagian daripada kg. Pulau Serai dikelilingi >sungai. Daripada Sungai Pimpin boleh keluar melalui tanjung pagar dan terus ke Sungai Dungun. Keseluruhan sungai tersebut membentuk Pulau Serai.

Pak Sabah

Dahulu ada sebuah kubur di kawasan tersebut. Kubur tersebut milik orang yang berasal dari Sabah. Kuburnya berada berhadapan dengan bangunan Telekom. Kubur itu kini telahpun dipindahkan ke Kubur Said Yahya dan tapak kubur kini telah menjadi bangunan kedai.

Tok Kah

Ramai yang ingat Tok Kah ni nama orang melayu, sebenarnya ia adalah panggilan kepada seorang cina yang menetap di sini. Namanya Lau Ah Kah. Dahulu kala ramai yang duduk di Tok kah. Dari dungun mereka menaiki perahu melalui sungai tanjung pagar.

Batu 48

Dahulu adanya papan tanda yang memberitahu jarak dari Kuala Terengganu ke Dungun, dan di situ terletaknya tanda 48 Batu ke Kuala Terengganu.

Tanjung Api

Nelayan memanggil tempat ini Tanjung Api kerana adanya Lighthouse di tempat tersebut. Dari jauh di tengah laut mereka boleh lihat Tanjung Api di darat.

Alor Jejawi

Banyak pokok jejawi

Alor Tembesu

Seperti namanya banyak pokok tembesu

Alor Tempoyak

Sehingga 20 tahun yang lepas, alor2 di sini berbau seperti tempoyak. Sekarang dah berkurangan

Teluk Bidara

Seperti namanya banyak pohon bidara.

Batu 5

Jarak dari sini ke Pasar Dungun ialah 5 Batu .

Cerita ini adalah cerita dari orang tua tua yang melalui zaman tersebut dan kisahnya diperturunkan turun temurun.

Silat Pongok Aliran Panglima Hitam Tambun

February 23, 2010  |  Dungun, Sejarah

Hari ini Dungun.Net akan menceritakan asal usul Silat Gayung Pongok aliran Panglima Hitam Tambun ataupun lebih senang dikenali sebagai Tok Tambun. Dungun.Net akan mengguna pakai gelaran Tok Tambun utk memudahkan cerita. Read More