Posts Tagged ‘2012’
Seramai 2529 orang telah dipindahkan ke 40 tempat pemindahan banjir di serata Terengganu semenjak hujan turun tidak berhenti mulai awal bulan ini.
Besut paling teruk terkena banjir di mana air sungai naik sehingga 20.68 meter, 1.48 meter lebih tinggi dari tahap bahaya. Setakat ini seramai 175 orang di Besut telah di pindahkan . 115 daripada Kampung Keruak, lagi 60 orang dari 14 keluarga adalah dari Kampung La.