Panglima Hitam Tambun @ Tok Tambun adalah seorang hulubalang Negeri Terengganu yang tersohor .
Banyak kisah2 beliau yang telah dilupakan oleh rakyat negeri Terengganu hatta penduduk Daerah Dungun sendiri ramai yang tidak mengetahui kisah beliau dan mempersoalkan wujudkah Tok Tambun . Dungun.Net mengeluarkan kisah2 Hulubalang Tambun kepada umum bertujuan untuk memperkenal kan kembali kehebatan sejarah daerah Dungun , Terengganu dan kami juga berharap adanya tindakan yang bakal di ambil untuk memelihara sejarah Tok Tambun oleh pihak berkuasa.
Kisah mengenai Tok Tambun juga boleh dilihat di Pejabat Daerah Dungun.
kisah2 Panglima Hitam Tambun adalah hakcipta terpelihara. Di minta supaya mana2 pihak tidak menyalin, menerbit , mengedit dan menerbitkan kembali kisah2 yang tersiar di Dungun.Net . Hak Cipta Terpelihara diberikan oleh Hashim b. Aman .
Antara kisah kisah kehebatan Tok Tambun adalah ; ( clickable link / sila klik utk keterangan lanjut artikel di bwh )
- Sejarah Nama Jalan Jalan Daerah Dungun
- Tok Tambun Berlaga Lembu
- Maqam Tok Tambun
- Gayung Silat Pongok
Profil Panglima Hitam Tambun @ Tok Tambun
- Tok Tambun lahir pada 1829 . Beliau meninggal dunia pd bulan Ramadhan tahun 1914.
- Tok Tambun adalah orang hikmat yakni Wali Allah s.w.t . Apa yg dikatakan beliau dan hikmat beliau benar benar terjadi seperti kehendakknya.
- Isteri pertama Tok Tambun adalah anak Haji Ismail Paka. Apabila isterinya meninggal dunia, Tok Tambun bernikah dengan anak Pak Dagang (jalan pak dagang) yang bernama Asiah/ Aisyah.
- Anak dari isteri pertama Tok Tambun adalah Abdullah dan Tijah ( tok ngah tijah )
- Keturunan beliau adalah keturunan yang datang dari minangkabau dan antara yang membuka Daerah Dungun . Penempatan pertama bertempat di Kuala Dungun.
- Beliau merupakan Hulubalang Negeri dan kawan baik kepada Sultan Zainal Abidin 3 .
- Kawan baik kepada Haji Deraman Limbong dan Tok ku Paloh
- Mat kilau lari dari Pahang dan berguru dgn Tok Tambun .
- kebanyakkan nama nama jalan di kawasan Kuala Dungun adalah berdasarkan nama mereka mereka yg berkaitan dgn tok tambun . Sila baca artikel Sejarah Nama Jalan Jalan Daerah Dungun.
- Tapak rumah Tok Tambun terletak betul2 di atas kedai emas cap ayam di Jalan Tambun , Kuala Dungun. Berhadapan dengan Public Book Store dan berada di sebelah kiri Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
- Tok Tambun selalu menambat lembunya di belakang kedai bata Kuala Dungun, berhampiran kawasan kubur di Surau Kg. Tengah.
- Kubur Tok Tambun berada di dalam kawasan masjid lama kg. Tengah berhampiran dgn Pejabat Balai Bomba daerah Dungun.
- Keturunan Tok Tambun sehingga kini masih menetap di Daerah Dungun .
Dato Rosli Mat Hassan wakil rakyat UMNO daerah Dungun / exco setiusaha Negeri Terengganu ( sekarang ) telah membuat sebuah lagu sempena sejarah daerah Dungun. Lagu tersebut yg bertajuk Pewaris Anak Dungun ada menceritakan kisah Tok Tambun . Ianya dinyanyikan oleh Ramli Sarip.
Antara liriknya :
Pewaris Anak Dungun
Selagi ku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis Bandar DungunSelagi ku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus JepunSelagi ku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit BesiSelagi ku ingat
Di Dewan Merdeka, tahun 1974
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
JKKK seluruh negeri dilancarkanSelagi ku ingat
Uri tembuni kelahiranku
Bersemadi di bumi DungunAkan kukorbankan
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris anak Dungun
Lagu ini boleh didapati di : http://mydungun.blogspot.com/2008/02/lagu-dungun.html
more will be updated later
- Unique Post

