History of Dungun

Berikut adalah sejarah dungun semenjak dr zaman Megat Panji Alam.

Tok Raja Lepang yg berasal dr Batok datang ke Pasir Raja , Dungun dan menetap di sana. Beliau kemudiannya memerintah kawasan tersebut dan memungut cukai. Dikhabarkan bahawa Tok Raja Lepang adalah seorg yg sangat berilmu . Beliau tidak lut ditikam dan tidak mati dibakar . Keturunannya berterusan menguasai kawasan jajahan tersebut sehinggalah matinya Tok Raja Lepang dan diwarisi oleh cucu cicitnya.

Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved

Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.

Cucu tersebut ( tidak diketahui nama ) adalah seorg yg hobinya menjala ikan. Apabila beliau mahu menjala, beliau akan menjemput handalan2 di serata Terengganu bersama beliau seperti suatu perayaan. Pada waktu tersebut, org2 di Dungun tidaklah berapa menggemari cucu Tok Raja Lepang dan mereka bercadang hendak membunuhnya.

Perayaan menjala tersebut dilakukan di sebuah lubuk. Org org Dungun telah melontar lebih awal kayu kayu ke dalam lubuk. Apabila cucu Raja Lepang menebarkan jala, jalanya terlekat. Maka cucu Raja lepang ini cuba menyelam utk meleraikan jala, hanya kemudiannya ditebarkan jala ke atasnya, dan dilemparkan kayu supaya beliau mati. Berakhirlah era Tok Raja Lepang di Dungun.[/box]

Pada era Sultan Zainal Abidin 1 sekitar 1700*, 5 beradik dr minangkabau datang ke Terengganu. Seorg menetap di kuala Ibai , seorg lagi di kampung Laut , Kelantan dan yg terakhir di Dungun ( tidak diketahui namanya ).

Kuala Dungun

Yg menetap di Dungun tersebutlah yg mengasas Dungun dan perkampungan pertama yg dibina adalah di Kuala Dungun sekitar jalan Lim Teck Wan . Dikatakan nama Dungun diambil dr sebuah pokok dungun yg tumbuh besar di jalan Lim Teck Wan.

Mengikut kepada salah silah , keturunan minangkabau tersebut menetap Dungun dan sehingga kini keturunannya masih berada di Dungun.

minangkabau – andak- amin – tambun -

Tok Tambun mempunyai 6 org anak.

1
Abdullah ( pok long dollah )
2
mak ngah tijah
3
intan
4
salma
5
mak sema
6
su saadiah
7
teh minah
Di antara keturunannya yg paling dikenali di Dungun adalah Hulubalang Pok Hitam Tambun ataupun lebih dikenali sebagai Tok Tambun . Kerana itulah jalan besar di Kuala Dungun di namakan Jalan Tambun . Tok Tambun di katakan seorg yg sgt berilmu dan adalah kenalan rapat kepada Sultan Zainal Abidin 3 , Haji Deraman Limbong dan Tok Ku Paloh ( Kampung Paloh ) .

Mengikut ceritanya, selepas Mat Kilau melarikan diri daripada pahang, beliau menetap di Pasir Raja dan kemudiannya menuntut dgn Tok Tambun. Kemudian Tok Tambun menghantarnya ke Kg. Paloh utk belajar pula dgn Tok Ku Paloh.

Keturunan Tok Tambun kini masih lagi berada di Dungun dan kebanyakkannya masih lagi menetap di kawasan sama . **Aman iaitu cucu kepada Tambun kini berusia dlm 90an dan masih lagi hidup sihat di Kg. Tanah Lot* . Cucu cicit Tok Tambun kebanyakkannya adalah peniaga besar di daerah Dungun.

Sambungan

*citation is needed .
** Aman telah pun meninggal dunia pada Disember 2008

penulis meminta maaf sekiranya ada kesilapan data. sekiranya ada tersilap ,sila maklumkan penulis.