Sayangi Dungun , Dungun Membangun
RSS:
Publications
Comments

History of Dungun

Berikut adalah sejarah dungun semenjak dr zaman Megat Panji Alam.

Tok Raja Lepang yg berasal dr Batok datang ke Pasir Raja , Dungun dan menetap di sana. Beliau kemudiannya memerintah kawasan tersebut dan memungut cukai. Dikhabarkan bahawa Tok Raja Lepang adalah seorg yg sangat berilmu . Beliau tidak lut ditikam dan tidak mati dibakar . Keturunannya berterusan menguasai kawasan jajahan tersebut sehinggalah matinya Tok Raja Lepang dan diwarisi oleh cucu cicitnya.

Cucu tersebut ( tidak diketahui nama ) adalah seorg yg hobinya menjala ikan. Apabila beliau mahu menjala, beliau akan menjemput handalan2 di serata Terengganu bersama beliau seperti suatu perayaan. Pada waktu tersebut, org2 di Dungun tidaklah berapa menggemari cucu Tok Raja Lepang dan mereka bercadang hendak membunuhnya.

Perayaan menjala tersebut dilakukan di sebuah lubuk. Org org Dungun telah melontar lebih awal kayu kayu ke dalam lubuk. Apabila cucu Raja Lepang menebarkan jala, jalanya terlekat. Maka cucu Raja lepang ini cuba menyelam utk meleraikan jala, hanya kemudiannya ditebarkan jala ke atasnya, dan dilemparkan kayu supaya beliau mati. Berakhirlah era Tok Raja Lepang di Dungun.

Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net

Kisah Keturunan Tambun adalah Hak Cipta Terpelihara diberikan oleh Hashim bin Aman kepada Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan ( publish ) tanpa kebenaran dari Hashim @ Pok Hashim. Sesiapa yang inginkan kebenaran bertulis untuk mengolah, sila berjumpa dgn Pok Hashim terlebih dahulu.

Pada era Sultan Zainal Abidin 1 sekitar 1700*, 5 beradik dr minangkabau datang ke Terengganu. Seorg menetap di kuala Ibai , seorg lagi di kampung Laut , Kelantan dan yg terakhir di Dungun ( tidak diketahui namanya ).

Kuala Dungun

Yg menetap di Dungun tersebutlah yg mengasas Dungun dan perkampungan pertama yg dibina adalah di Kuala Dungun sekitar jalan Lim Teck Wan . Dikatakan nama Dungun diambil dr sebuah pokok dungun yg tumbuh besar di jalan Lim Teck Wan.

Mengikut kepada salah silah , keturunan minangkabau tersebut menetap Dungun dan sehingga kini keturunannya masih berada di Dungun.

minangkabau – andak- amin – tambun -

Tok Tambun mempunyai 6 org anak.

  1. Abdullah ( pok long dollah )
  2. mak ngah tijah
  3. intan
  4. salma
  5. mak sema
  6. su saadiah

Di antara keturunannya yg paling dikenali di Dungun adalah Hulubalang Pok Hitam Tambun ataupun lebih dikenali sebagai Tok Tambun ( sbb itula jalan besar di kuala dungun di namakan Jalan Tambun ) . Tok Tambun di katakan seorg yg sgt berilmu dan adalah kenalan rapat kepada Sultan Zainal Abidin 3 , Haji Deraman Limbong dan Tok Ku Paloh ( Kampung Paloh ) .

Mengikut ceritanya, selepas Mat Kilau melarikan diri daripada pahang, beliau menetap di Pasir Raja dan kemudiannya menuntut dgn Tok Tambun. Kemudian Tok Tambun menghantarnya ke Kg. Paloh utk belajar pula dgn Tok Ku Paloh.

Keturunan Tok Tambun kini masih lagi berada di Dungun dan kebanyakkannya masih lagi menetap di kawasan sama . Aman iaitu cucu kepada Tambun kini berusia dlm 90an dan masih lagi hidup sihat di Kg. Tanah Lot* . Cucu cicit Tok Tambun kebanyakkannya adalah peniaga besar di daerah Dungun.

Sambungan

*citation is needed .

penulis meminta maaf sekiranya ada kesilapan data. sekiranya ada tersilap ,sila maklumkan penulis.

  • Unique Post

156 Comments to History of Dungun

  1. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    December 10, 2008 - 9:04 pm | Permalink

    oit… keroro ape kurang powernye…
    zasmi pom power gak…mat done pom power gak… tata pom power gak…
    klu gabung leh jadi SUUUPEEER POOOWER{sore jin}…

  2. Awang@anakjatidungun's Gravatar Awang@anakjatidungun
    December 10, 2008 - 9:14 pm | Permalink

    Keroro, sekarang ni awang kena mintak kebenaran jugok ke nok cerita pasal Nyang Tambun? Walaupun ambik copy dan beri kredit dari dungun.net?

  3. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    December 10, 2008 - 11:24 pm | Permalink

    tapikan pendapat saya masa hari kebumi arwah toki aman adalah “klimaks” gathering…tak nampak lagi bila keadaan spt ini akan berulang…:{

  4. Awang@anakjatidungun's Gravatar Awang@anakjatidungun
    December 11, 2008 - 11:30 am | Permalink

    Ingat raya baru ni nok gi jupe, tapi dok dang,tapi satu lagi macam mak-mak, pok-pok sedara saya ada gok hok tahu cerita Nyang Tambun ni, saya rasa saya buleh terus tulis la dalam blog saya. Kalu cerita dari keroro saya akan tanya dulu ah, sebab Bob Hashim ni orang yang simpan cerita. Tapi kalu dang saya balik dungun saya akan tanya dari Bob Hashim la, sebab memang nok dokumenkan cerita-cerite tuh, ni untuk masa depan anok cucu generasi akan datang tahu nasab keturunan mereka. Penting, kalu baloh-baloh tapi dok sedor yang sebenornya warih-waroh belake. Kite tak mboh la gitu, walaupun bukan warih-waroh.

    Abang, saya rasa molek wak gathering, sebab beloh tanoh lot pung, macang mung ngan ramadhan je saya kenal sangat2, hok lain2 dok berape tahu, macang anok Pok Itam Ustaz Mat tu memang la sebab memang sepupu doh, rapat sangat doh. Contoh anok Ayoh Rani Kuala Abang pung dok kenal ingat muke doh.

  5. Awang@anakjatidungun's Gravatar Awang@anakjatidungun
    December 11, 2008 - 7:26 pm | Permalink

    Keroro, kalu ada cerita best2 Nyang Tambun, email la ke saya. Alamat email hok dulu tuh. kalu dokleh masuk blog pung janji ada bende yang bertulis dan didokumenkan.

  6. sobri_ismail's Gravatar sobri_ismail
    December 12, 2008 - 11:11 pm | Permalink

    mmm…dasyat malam ni…air laut pasang besar melimpah atas jalan..mujur tak mari bersama angin dan hujan.masih ingat lagi masa bersama arwah…dia boleh bilang jenis2 bintang…contoh saya ingat kelambu depan,kelambu belakang,duyung,cumbing…semua sekali ada 12 jenis…ni adalah antara ilmu “pelaut”yang mungkin akan lupus…

  7. sobri_ismail's Gravatar sobri_ismail
    December 12, 2008 - 11:18 pm | Permalink

    tu tak masuk lagi ilmu potong kepala angin…masih ingat lagi mungkin 12@13tahun dulu masa bukit sebelah sungai pimpin runtuh dan menimpa berbelas bot nelayan…toki aman dapat berita dan dia terus berdoa.dgn izin Allah bukit terus berhenti runtuh…

  8. TATADUNGUN's Gravatar TATADUNGUN
    December 13, 2008 - 3:10 pm | Permalink

    setelah meninggalkan daerah dungun hampir 26 tahun dulu dan dalm setahung 2 ke 3 kali je balik, banyak perubahan dah berlaku. telah lama tatadungun tinggalkan kampong tanah lot, satu tempat yang penuh memory. telah lama dok jupe ngan warih waroh yang masih ada di tanah lot dari jalan no 1 hingga ke jalan no 5. bila agaknya buleh temu semula. dengan awang tata ada jupe masa gathering anak tranun di TTDI 16 nov lalu tapi dok dang nok bercerita panjang. lepas ning nak ajak awang hadir gathering anak dungun pulok yang akan dianjurkan oleh pok li. Sweet Memory di Dungun, ingat sokmo.

  9. TATADUNGUN's Gravatar TATADUNGUN
    December 15, 2008 - 2:31 pm | Permalink

    bukan klub orang dungun tapi lebih dikenali dengan nama anak dungun diperantauan. setiap tahun parlimen dungun akan adakan perjumpaan di kuala lumpur. pok li lah penggeraknya. dari perjumpaan sebegini kami orang2 dungun tahu apa perkembangan semasa daerah dungun. dulu tata ada bgtau tentang lagu kenaan dungun yang dinyanyikan oleh ramli sarip. kalau keroro nak, pergilah kat pej parlimen dungun(PARDU), rasanya ada dalam bentuk CD lagu tu. so far belum ada lagi website tu tapi kalau keroro nak buat boleh jugok.

  10. wandingajah's Gravatar wandingajah
    January 10, 2009 - 6:21 pm | Permalink

    Aman yang dikatakan cucu Tambun baru sahaja meninggal dunia dan telah diberitahu saya oleh anaknya, Us Ismail Aman atau Hj Wei. Selain Hj Wei, anak arwah yang saya kenal termasuk Abang Hashim yang berkahwin dengan sepupunya dari Sungei Udang, Us Mat, Abang Gani Kuala Abang, Razalli yang terkenal kopinya, Din yang berniaga di Pasar Dungun dan yang lain lain ada seorang lagi lelaki manakala yang lain perempuan termasuk Kak Zah, Mek dll.
    Isteri arwah saya kenal dengan nama Mak Tunggal yang mana emak beliau juga saya kenal dengan panggilan Tok YU.
    Saya rapat dengan keluarga arwah walaupun saya dah tak bermustatin di Dungun.

  11. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    January 11, 2009 - 3:20 pm | Permalink

    ooo…tok yu…walaupun umur saya masa tu 4@5 tahun…saya ingat lagi mak saya suruh bagi “jemput2″ ,tok yu dah tak boleh gerak masa tu…cuma ensot2 je…orangnya kecik2je cantik…satu kehebatan yang saya ingat beliau ada ilmu untuk buang penyakit resdung…

  12. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    January 11, 2009 - 3:24 pm | Permalink

    arwah tokki aman dan arwah tok wan @cek(bg sesetengah cucu)mcm sudah dijanjikan dari azali disemadikan berhampiran…Alhamdulillah

  13. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    January 11, 2009 - 3:25 pm | Permalink

    semalam kuat betul pukulan ombak…habis berpasir jalan teluk lipat…28 tahun …ini paling kuat pernah ku lihat…

  14. TATADUNGUN's Gravatar TATADUNGUN
    January 12, 2009 - 12:18 pm | Permalink

    Sobri, yang kat nilai tu awang bukan keroro. dulu saya tanya keroro dia kata dia sayang nak tinggalkan daerah dungun tercinta. kakak saya pun ada bgtau angin kuat kat pantai, ombak besar dia kata. pasir halus habis berterbangan masuk dalam umah. umah saya kat depan pantai sura tengah(selang 2 buah ngan mayang sari) dari uitm dungun.

    Bila nok wat kenduri 100 hari aruah? kalu ada cuti nok jugok joint.

    TATA

    • sobri ismail's Gravatar sobri ismail
      January 13, 2009 - 1:43 pm | Permalink

      @TATADUNGUN, habis tu yang bercakap dalam talipom tu awang ke?

  15. sobri ismail's Gravatar sobri ismail
    January 14, 2009 - 10:13 am | Permalink

    keroro buat citepasal teluk lipat…teruk taun ni kene baby tsunami…pagi tadi lalu tumbang dah pokok rhu…

  16. puteri dungun's Gravatar puteri dungun
    February 16, 2009 - 2:19 pm | Permalink

    semoga dungun aman dan dirahmati allah….
    sama sama kita sayangi dungun………..

  17. Mizie's Gravatar Mizie
    March 9, 2009 - 9:41 pm | Permalink

    yer ke dok tahu nih.. sangsi2..

  18. Mizie's Gravatar Mizie
    March 9, 2009 - 9:43 pm | Permalink

    yang aku dok faham citer nih.. seme hero.. tok tambun.. takdok orang lain doh ke hok buke dungung?? setahu aku, dungung bukangnyer dibuka oleh tuk tambung ajer.. setambung lagi orang2 laut hok buke dungun.. especially orang sura!..

  19. Mizie's Gravatar Mizie
    March 9, 2009 - 9:43 pm | Permalink

    yang aku dok faham citer nih. seme hero, tok tambun.takdok orang lain doh ke hok buke dungung? setahu aku, dungung bukangnyer dibuka oleh tuk tambung ajer.. setambung lagi orang2 laut hok buke dungun. especially orang sura!

  20. puyu's Gravatar puyu
    March 23, 2009 - 9:33 pm | Permalink

    Saya dok kampung sura hujung, tp mok cik saya ader tanah lot?Boleh tau sapa keroro….anak buah saya nak buat assgpasal sejarah Kampung Sura Hujung ader sapa tau??? boleh bg fakta

  21. pelajarsekolah's Gravatar pelajarsekolah
    March 24, 2009 - 7:37 pm | Permalink

    salam..
    nk cri peta dungun,buat kje ksus..
    xde ke??
    nk sgt2..

  22. Mizie's Gravatar Mizie
    March 25, 2009 - 9:29 pm | Permalink

    Nevermind.. for me, this is not a valid sources anyway!!

  23. Mizie's Gravatar Mizie
    March 25, 2009 - 10:01 pm | Permalink

    Just call my Cousin, it’s confirm that Tok tambun only open Kuala Dungun.. not the whole Dungun.. Kawasan Sura were open by my allure.. Paka also, and last but not least.. Pulau Serai and Seberang Pingtasan..

    Why??

    1. kenapa tapak rumah tok tambun dalam citer nih ada sekaran nih jadi skolah cina.. sepatutnya tapak tersebut perlu dipelihara kerana dikatakan salah sejarah dungun..

    2. Cerita kg.Labohan, Kerteh… tok tambun vs perompok.. Haloooo!!
    tok tambun ada lagi ke time nih??

    Soo.. morale of the story.. don’t buat cerita dongeng pasal sejaroh Dungun jika tak tau cerita asal dier..

  24. alone's Gravatar alone
    April 10, 2009 - 1:41 am | Permalink

    salam…kalu nak buat cam real, rekod betul2 la sumber sejarah tu, arkibkan semua sumber yand dapat…kata org>> jadi bahan bukti..dan semoleknye direkodkan juga segala macam temuramah (sejarah lisan)..etc, kalu ada menda2 hok berkaitang nge arkeologi lagi molek la…tapi mungkin payoh skek pasa menda ni kita baru nok cara leni….tapi mana tahu…bole cuba, asalkan/selagi tidak pupus, lupus, putus…..wasalam

  1. on October 6, 2008 at 6:03 pm
  2. on October 20, 2008 at 2:50 pm