Kedai Nasi Kukus Ayam Goreng Best

Kedai Nasi Kukus Ayam Goreng Best

Sekarang ni di Dungun trend restoran menjual nasi kukus dan dah banyak tempat jugaklah saya mencuba nasi kukus.. Hanya satu saja yang betul-betul buat saya berkenan.

Kedai ni saya tak tahu namanya , ia terletak di tempat kedai Sheikh Nasi ayam berdekatan Jalan besar bersebelahan Taman Anjaria.

Sebelum traffic light ke jalan pantai UITM, restoran ni terletak di deretan-deretan kedai runcit dan kedai-kedai repair kereta. Dahulu restoran ini terkenal dengan masakan nasi beriani, nasi ayam milik seorang sheikh.

Skrg ni kedai itu sudah bertukar tangan dan masakan paling femesnya adalah nasi kukus ayam goreng.

Initipati lauknya sama saja dgn kedai2 lain yang menjual nasi kukus, bezanya adalah sambal belacan yang disertakan teramatlah Ommph. Dah rasa sekali nak lagi.. Mmg sedap sehingga menjilat jari.

Kita juga boleh mintak bahagian ayam goreng yang lebih besar, dengan penambahan harga lah :)

Tapi kalau anda ada resdung atau seduan yang kuat, tak usahlah mencuba kerana nanti confirm muka akan bengkak-bengkak dan naik jerawat.

October 18, 2011 |  by  |  Dungun, Food  |  No Comments
Monsoon Cup 2011 Dungun 14-15 October

Monsoon Cup 2011 Dungun 14-15 October

Hari ini terlihat tergantung di tiang2 lampu sekitar bandar Dungun akan satu lagi acara gilang gemilang bakal berlangsung di Dungun. Moonson Cup 2011 akan berlangsung di Pantai Teluk Lipat , Dungun pada 14-15 October ini dan tempat pengurusan acara adalah di Surau lama Teluk Lipat .

Acara Karnival Monsoon Cup ini berlangsung di serata Terengganu. Bermula di Kemaman dan Berakhir di Kuala Terengganu.

  • Kemaman pada Sep 30 – 1 October
  • Pantai Teluk Lipat di Dungun (Oct 14-15)
  • Muara sungai Marang (Oct 21-22)
  • Pantai Bukit Keluang Besut (Oct 28-29)
  • Pantai Rhu 10 , Setiu (Nov 4-5)
  • Kuala Berang Waterfront , Hulu Terengganu (Nov 11-12)
  • Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa , Kuala Terengganu (Nov 22-27)

Surau lama pantai teluk lipat.. Kat mana tu ? Ramai yang tak mengetahui di manakah tempat tersebut. Untuk pengetahuan ramai surau tersebut berada di kawasan belakang Pasaraya You Hoe.

Website monsooncup.com.my ataupun MPD juga tiada info di mana berlangsungnya acara-acara ini. Tarikh dan kawasan acara berlangsung hanya diketahui Dungun.Net setelah membacanya di website Bernama itupun selepas melakukan carian di google.

October 11, 2011 |  by  |  Dungun, Local News  |  No Comments
Dungun

Dungun “Curcuit” akhirnya di turunkan

Pada tahun lepas Dungun.Net ada menulis mengenai banner Dungun Remote Car Circuit yang terletak di Padang Merdeka Dungun di mana label tersebut telah di salah eja.

Label itu kini telah pun diturunkan selepas TPM Muhyiddin Yassin datang ke Dungun pada 19/9 lepas.

October 11, 2011 |  by  |  Dungun  |  4 Comments

GP Joran 2011 Peringkat Akhir di Kuala Dungun Padang Astaka

DUA buah kereta pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza dan wang tunai RM82,000 menanti pemenang pusingan Akhir Karnival Memancing Grand Slam (GS) GP Joran 2011 yang berlangsung di Jeti LKIM, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu pada 1 dan 2 Oktober .

Habuan terbabit antara paling lumayan tahun ini yang tidak ditawarkan dalam mana-mana pertandingan memancing selain Unit Joran Berita Harian yang sudah menganjurkan pertandingan berprestij itu sejak 1997.

Juara GS yang mempunyai mata terkumpul sejak Pra GP Joran pertandingan ini bagi Kategori Laut dan Pantai masing-masing bakal membawa pulang sebuah PERODUA Alza tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Manakala Juara Kategori Laut dan Pantai pusingan akhir masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM20,000; kedua RM10,000 dan keempat RM4,000 bersama hadiah iringan penaja.

Kategori Laut di tempat ke-4 (RM1,000); ke-5 (RM500); ke- 6 hingga ke-15 (RM300); ke-16 hingga ke-30 (RM200). Kategori Pantai di tempat ke-5 (RM400); ke-6 hingga ke-30 (RM200). Dua kategori masing-masing tempat ke-30 hingga ke-40 akan membawa pulang hamper.

Juara hadiah khas ikan pari akan membawa pulang wang tunai RM1,000; kedua RM500 dan ketiga RM300 bersama hadiah iringan.

Penganjur turut menyediakan sebuah motosikal untuk cabutan bertuah yang memerlukan peserta menghantar keratan borang rasmi dalam kotak lutsinar di meja urus setia ketika melakukan pendaftaran.
Borang penyertaan diterbitkan dalam akhbar ini pada 20,22,25 September serta 1 dan 2 Oktober manakala Harian Metro pada 19, 21, 23 dan 26 September.

Pusingan Akhir Karnival Grand Slam GP Joran 2011 yang berlangsung di Kuala Dungun, Terengganu turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan PERODUA selaku penaja utama.

Yuran penyertaan Kategori Laut RM200 dan Pantai RM100 dan tarikh tutup penyertaan Kategori Laut pada 26 September (Isnin) manakala Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Dalam pada itu, peserta dinasihatkan mendaftar awal untuk mengelakkan kesulitan di saat akhir selain mengambil kira kekurangan bot yang mungkin dihadapi.

Penganjur menyediakan sebanyak 1,200 baju T khas edisi GP Joran yang disediakan untuk peserta mendaftar awal.

Pembayaran boleh dilakukan secara online melalui akaun Joran di Maybank iaitu 514105612981 atas nama Joran Berita Harian dan kemudian faks slip bank itu berserta nama, nombor Mykad ke 03-20567115 dan menelefon 012-2935915 (Razif) untuk pengesahan.

Maklumat lanjut hubungi Unit Joran di talian 03-22822323 dan sambungan 4240,4241. dan 4242 atau 013-3310166-Umbai.

——————–

Copy paste je sbb malas nk tulis dan kesian tgk tak ada siapa yg pergi walaupun siap ada artis menyanyi/ pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.. lain kali banner promosi tu biarla tulis besar2. Tulisan kecil sgt tgh bawa kereta mana nak nmpk. Tempat berlangsung pun tak ditulis di banner.

October 2, 2011 |  by  |  Dungun, Local News  |  1 Comment