10 Perkara yang tidak berubah
Adakah anda dah lama tak balik ke Dungun dan ingin mengetahui apakah yang tidak berubah mengenai Dungun? Berikut adalah 10 perkara yang masih belum berubah semenjak 10 tahun yang lepas.
- Harga barangan terus meningkat dan tak pernah turun
- Kawasan perumahan masih tidak mencukupi dan tiada pelabur besar yang mahu membuat kawasan perumahan secara besar-besaran ( kaw perumahan kos rendah kerajaan tidak dikira )
- Pantai Teluk Lipat masih lagi terhakis
- Masih belum ada bangunan bertaraf supermarket di Dungun walaupun mempunyai penduduk lebih dari 150 ribu dan mempunyai lebih dari 3 pusat pengajian tinggi.
- Hospital Dungun baru masih lagi belum dibina
- Pasar Kuala Dungun masih lagi ditutup selepas pukul 12
- Bangunan-bangunan kedai masih lagi berciri sederet dengan parking yang tidak mencukupi
- Waktu tengahari, petang selepas balik kerja dan waktu malam pukul 8 masih lagi sesak dan payah nak parking terutamanya pada hari Khamis.
- Kedai-kedai masih lagi menutup pintu apabila masuk jam 9 malam
- Jalan besar masih jugak tak siap siap dibaiki. ( dahulu dari batu 5- paka , skrg dari d-gate ke kuala )
dungun? emmm