Daulat Tuanku!
Baginda Sultan Mizan dan Sultanah akan berada di Dungun mulai hari ini dan esok. Sempena dengan keberangkatan DYMM Sultan Mizan dan Sultanah, jalan raya yang mengambil masa 4 tahun tidak siap dan jalan Pantai Teluk Lipat telah pun hampir di siapkan dengan serta merta.
Patik memohon tuanku Sultan melakukan kunjungan dengan lebih kerap supaya segala-galanya yang mengambil masa bertahun-tahun untuk siap, akan siap dalam masa 2 minggu/ sebulan seperti mana keadaan yang berlaku sekarang.
Patik merafak sembah memohon ampun menjunjung setinggi-tunggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah .
Daulat Tuanku !
