Budu Di Mata Dunia

Budu Di Mata Dunia

Budu adalah makanan tradisional Terengganu dan Kelantan yang terkenal di seluruh Malaysia, diguna pakai sebagai penambah selera seperti sambal dan diguna pakai sebagai perasa tambahan dalam makananan.

Budu di Malaysia diperbuat daripada ikan bilis. Ikan bilis yang terbaik adalah ikan bilis yang segar dibasuh dengan air laut, digaul dengan garam dan asam keping yang kemudian diperap di dalam botol atau tempayan selama 40 – 200 hari.

Di Terengganu, budu digunakan sebagai bahan tambahan di dalam masakan seperti bubur lambuk, sayur labu air hijau dan sayur keladi. kimchi

Di Korea, budu dikenali sebagai Aekjeot. Tidak seperti budu kita, Aekjot dicampur dengan pelbagai bahan seperti kicap soya, gandum, cuka, sirap dan frutosa. Aekjot digunakan sebagai perasa tambahan Kimchi dan Baechu, makanan harian rakyat Korea.

Di Jepun pula budu digunakan sebagai bahan perasa tambahan. Terdapat 3 jenis budu di Jepun mengikut daerah dan bahannya. Di daerah Noto ia dikenali sebagai Ishiru, diperbuat daripada ikan sardin dan sotong. Di daerah Akita ia diperbuat daripada ikan sailfin sandfish dan dinamakan Shottsuru. Di daerah Kagawa pula ia dipanggil Ikanago shoyu, diperbuat daripada ikan layur.

Shottsuru

Budu juga wujud si Sepanyol di mana ianya dicampur dengan bahan seperti madu dan cuka. Terkenal di daerah Hispania Baetica, ianya diperbuat dari pelbagai jenis ikan seperti tuna, ikan kembung, belut hijau, and ikan bilis. Budu di Sepanyol dipanggil Garum yang dikatakan membawa keburukkan kerana baunya yang busuk.

Tetapi itu hanyalah prasangka orang barat pada zaman dahulu, dan budu tersebut hanya berbau busuk semasa didalam pembuatan. Apabila telah siap, baunya agak wangi dan kini ia diguna pakai sebagai salah satu makanan harian orang Sepanyol.


Leave a Reply

Comment moderation is enabled, no need to resubmit any comments posted.