Rahsia Sejarah disebalik lagu Jong Jong Inai
Tidak ramai yang mengetahui disebalik lagu Jong Jong Inai terkandung sejarah lama negeri Terengganu. Mengikut pada cerita orang-orang tua di Terengganu, sejarah mengenai lagu ini tersohor diceritakan melalui radio pada zaman 60-an.
Mak ipong waja wali
( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong Raja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
( 2X )
Sepinggan dadang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang
( 2X )
Mak ipong raja wali
( 2X )
Jong jong Inai Mak Ipung Rajawali
Mak Ipung Rajawali adalah nama seorang perempuan yang mengetuai orang ramai pada waktu ketika itu . Mak Ipung ni mengetuai orang ramai hendak berjumpa dengan Sultan Terengganu . Ada juga ura-ura yang mengatakan Mak ipung ni orang Rajawali.
Sepak Tunggul Inai Berdarah Ibu Kaki
Mereka turun hendak berjumpa Sultan, niatnya bukan untuk bergaduh tetapi di sini dinyatakan sepak tunggul inai berdarah ibu kaki – berlakunya pergaduhan besar diketika itu
Semangkuk Jeluk Sepinggang Dagang, Tak Cukup Pulut Tambah Nasi Dagang
Pada waktu itu dikatakan tentera asing ada menjaga kawasan di Negeri Terengganu. Tentera asing minta diberikan tanah, maka waktu itu kerajaan Terengganu telah beri satu kawasan di Hulu Terengganu. Akan tetapi tentera asing ni telah jadi tamak dan mintak lebih lagi. Disebabkan itulah wujudnya lagu ini semasa orang ramai yang diketuai Mak Ipung Rajawali menyanyi semasa berarak.
Slang Ganu

jong jong – Jom
dadang – banyak /penuh
jeluk – geluk/ bekas besar
nasi dagang – org ganu mana gok dok kenal nasi dagang?