Pejabat Imigresen Dungun, kenapa biarkan bendera Malaysia koyak rabak
Saya kira Pejabat Imigresen sebagai sebuah badan kerajaan mereka haruslah menjaga imej negara kita. Apatah lagi apabila pejabat tersebut adalah pejabat yang berkaitan dengan imigresen . Diharap pihak Pejabat Imigresen Dungun mengambil tindakan untuk menggantikan bendera Malaysia dan bendera Terengganu yang sudah berada di tiang tersebut untuk sekian lamanya, janganlah biar ia terus koyak rabak dan tidak terjaga.
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air.
Trivia
Bendera Malaysia direka oleh arkitek kerajaan Johor , Encik Mohamad bin Hamzah pada 29 November 1949 .
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
