Resepi Simple Kuey Teow Blackpepper

Resepi Simple Kuey Teow Blackpepper

January 23, 2012  |  Food  |  , , ,

Dungun.Net kini mempersembahkan satu lagi resepi kuey teow untuk semua bujang senang yang mahukan masakan simple dgn budget rendah. Resepi ini terhasil dengan secara tak sengaja sewaktu author tertumpahkan selori serbuk lada hitam ke dalam kuali semasa memasak kuey teow.

Resepi ini copyright Dungun.Net. Sekiranya anda hendak mengshare di blog anda , sila sertakan link balik aka credit kepada Dungun.Net.

Apakah kelebihan Kuey Teow Blackpepper ?

  • dia tak pedas melainkan anda tambah lada jarum
  • rasa dia ada sikit2 la mcm itu burger prosperity punya
  • sedap, simple nak masak dan jimat budget

Ingredients

  • kuey teow
  • ayam potong kecil2
  • serbuk lada hitam
  • bawang putih
  • Secubit garam
  • kicap
  • Carrot (optional)
  • lada jarum (optional)
  • Sayur
  • secawan air

How to Cook

  • Goreng ayam sampai hampir masak. Masukkan bawang putih apabila ayam separuh masak
  • Masukkan serbuk lada hitam sedikit dan biar dlm 1 min . Bila bawang putih naik bau dan nmpk golden crisp, tambah air dalam separuh cawan. Jangan lebih nanti tak sedap.
  • Tunggu sampai air mendidih sedikit dan masukkan kuey teow dan kicap. Tambah lagi serbuk blackpepper dalam 1 sudu besar ke dalam dan secubit garam .
  • Bila kuey teow nmpk berpalut dgn kuah, tambah carrot, lada dgn sayur-sayuran lain. Tambah lagi kicap kalau perlu.

Note

Ayam tu boleh diganti dgn benda2 lain mcm fishcake ke sosej ke burger ke, ikut suka sbb dia cuma effect sikit je pd kuey teow anda.
Hanya bawang putih sahaja sesuai digunakan utk resepi ni. Sekiranya anda letak bawang spesis lain, tidak dijamin kesedapannya.
Carrot takde pun takpe, kalau ada sedap sikit. lada jarum perlu kalau nak pedas , namun seperti carrot takde pun takpe. Sayur pulak sawi je cukup. Tak pernah try lagi dengan taugeh.
Resepi di atas adalah utk portion makan seorang. Satu bungkus kuey teow boleh dibahagi 4. Sekiranya nak buat utk portion lebih, tambah lagi 1/2 sudu serbuk black pepper semasa memasak. Maknanya kalau masak utk 3 orang = 2 sudu besar blackpepper.

Leave a Reply

Comment moderation is enabled, no need to resubmit any comments posted.