Kedai Nasi Kukus Ayam Goreng Best

Kedai Nasi Kukus Ayam Goreng Best

October 18, 2011  |  Dungun, Food  |  ,

Sekarang ni di Dungun trend restoran menjual nasi kukus dan dah banyak tempat jugaklah saya mencuba nasi kukus.. Hanya satu saja yang betul-betul buat saya berkenan.

Kedai ni saya tak tahu namanya , ia terletak di tempat kedai Sheikh Nasi ayam berdekatan Jalan besar bersebelahan Taman Anjaria.

Sebelum traffic light ke jalan pantai UITM, restoran ni terletak di deretan-deretan kedai runcit dan kedai-kedai repair kereta. Dahulu restoran ini terkenal dengan masakan nasi beriani, nasi ayam milik seorang sheikh.

Skrg ni kedai itu sudah bertukar tangan dan masakan paling femesnya adalah nasi kukus ayam goreng.

Initipati lauknya sama saja dgn kedai2 lain yang menjual nasi kukus, bezanya adalah sambal belacan yang disertakan teramatlah Ommph. Dah rasa sekali nak lagi.. Mmg sedap sehingga menjilat jari.

Kita juga boleh mintak bahagian ayam goreng yang lebih besar, dengan penambahan harga lah :)

Tapi kalau anda ada resdung atau seduan yang kuat, tak usahlah mencuba kerana nanti confirm muka akan bengkak-bengkak dan naik jerawat.


Leave a Reply

Comment moderation is enabled, no need to resubmit any comments posted.