GP Joran 2011 Peringkat Akhir di Kuala Dungun Padang Astaka

October 2, 2011  |  Dungun, Local News  | 

DUA buah kereta pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza dan wang tunai RM82,000 menanti pemenang pusingan Akhir Karnival Memancing Grand Slam (GS) GP Joran 2011 yang berlangsung di Jeti LKIM, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu pada 1 dan 2 Oktober .

Habuan terbabit antara paling lumayan tahun ini yang tidak ditawarkan dalam mana-mana pertandingan memancing selain Unit Joran Berita Harian yang sudah menganjurkan pertandingan berprestij itu sejak 1997.

Juara GS yang mempunyai mata terkumpul sejak Pra GP Joran pertandingan ini bagi Kategori Laut dan Pantai masing-masing bakal membawa pulang sebuah PERODUA Alza tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Manakala Juara Kategori Laut dan Pantai pusingan akhir masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM20,000; kedua RM10,000 dan keempat RM4,000 bersama hadiah iringan penaja.

Kategori Laut di tempat ke-4 (RM1,000); ke-5 (RM500); ke- 6 hingga ke-15 (RM300); ke-16 hingga ke-30 (RM200). Kategori Pantai di tempat ke-5 (RM400); ke-6 hingga ke-30 (RM200). Dua kategori masing-masing tempat ke-30 hingga ke-40 akan membawa pulang hamper.

Juara hadiah khas ikan pari akan membawa pulang wang tunai RM1,000; kedua RM500 dan ketiga RM300 bersama hadiah iringan.

Penganjur turut menyediakan sebuah motosikal untuk cabutan bertuah yang memerlukan peserta menghantar keratan borang rasmi dalam kotak lutsinar di meja urus setia ketika melakukan pendaftaran.
Borang penyertaan diterbitkan dalam akhbar ini pada 20,22,25 September serta 1 dan 2 Oktober manakala Harian Metro pada 19, 21, 23 dan 26 September.

Pusingan Akhir Karnival Grand Slam GP Joran 2011 yang berlangsung di Kuala Dungun, Terengganu turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan PERODUA selaku penaja utama.

Yuran penyertaan Kategori Laut RM200 dan Pantai RM100 dan tarikh tutup penyertaan Kategori Laut pada 26 September (Isnin) manakala Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Dalam pada itu, peserta dinasihatkan mendaftar awal untuk mengelakkan kesulitan di saat akhir selain mengambil kira kekurangan bot yang mungkin dihadapi.

Penganjur menyediakan sebanyak 1,200 baju T khas edisi GP Joran yang disediakan untuk peserta mendaftar awal.

Pembayaran boleh dilakukan secara online melalui akaun Joran di Maybank iaitu 514105612981 atas nama Joran Berita Harian dan kemudian faks slip bank itu berserta nama, nombor Mykad ke 03-20567115 dan menelefon 012-2935915 (Razif) untuk pengesahan.

Maklumat lanjut hubungi Unit Joran di talian 03-22822323 dan sambungan 4240,4241. dan 4242 atau 013-3310166-Umbai.

——————–

Copy paste je sbb malas nk tulis dan kesian tgk tak ada siapa yg pergi walaupun siap ada artis menyanyi/ pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.. lain kali banner promosi tu biarla tulis besar2. Tulisan kecil sgt tgh bawa kereta mana nak nmpk. Tempat berlangsung pun tak ditulis di banner.


1 Comment


  1. main kat tanjung tu rupanya, ingat kat teluk lipat. patut takdok orang aku gi baru ni. besor gok hadioh tu.

Leave a Reply

Comment moderation is enabled, no need to resubmit any comments posted.