Resepi Simple Kuey Teow Kantonis

Resepi Simple Kuey Teow Kantonis

[flickr id="5733463663" thumbnail="small" overlay="false" size="small" group="" align="left"]

Kuey teow Kantonis ni adalah salah satu makanan favourite aku dan yang paling mudah utk disediakan. Tak banyak bahan yang perlu diguna pakai dan cara masaknya juga teramat senang.
Mesti ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Kuey Teow Kantonis dgn Kuey teow Kung Fu ? kalau mengikut perhatian aku bezanya adalah dari segi bahan-bahan isian dia. Kuey teow Kungfu berciri seafood, manakala kantonis ni plak selalunya letak ayam sahaja.

Resepi di bawah adalah cara masakan paling simple utk buat Kuey teow Kantonis ataupun nama glamour dia Cantonese Kuey Teow. FYI resepi di bawah teramat sesuai utk org yg kesempitan wang nak menjimat kos dan juga utk org yg malas nak buat step panjang tapi masih nak rasa yang sama seperti rasa asal.

Bahan Kuey Teow

  • Kuey Teow
  • Telur
  • Garam*

[flickr id="5737227443" thumbnail="small" overlay="false" size="small" align="right" ]

Bahan Kuah

  • Carrot
  • Bawang Putih
  • Sayur
  • ayam
  • Cukup Rasa Maggie / Stok Ayam Maggie
  • Setengah cawan air
  • kicap
  • Tepung Jagung*

Cara Masak

1

Goreng Kuey Teow Bersalut Telur

Pukul Telur di dalam mangkuk sehingga kembang. Sesudah kembang gaulkan kuey teow dgn telur. Goreng kuey teow bersalut telur tadi seperti menggoreng lempeng sehingga ianya berwarna kuning dan hampir2 garing. Angkat kuey teow dan letakkan ke dalam pinggan.[flickr id="5737227549" thumbnail="small" overlay="false" size="small" align="center" ]

2

Sediakan bahan utk kuah

Potong carrot, bawang putih , sayur dan ayam . Panaskan kuali dgn minyak yang sedikit kemudian masukkan ayam. Goreng ayam sehingga nampak masak kemudian masukkan bawang putih, sayur dan carrot. Apabila bawang putih sudah kekuningan dan naik bau, masukkan setengah cawan air ,kicap dan juga sesudu Cukup Rasa Maggie. Tunggu sehingga air nampak seperti pekat dan boleh terus curah kuah tersebut ke atas kuey teow.


Cukup Rasa Maggie

Note

Aku tak gaul garam dgn telur kerana perencah Cukup Rasa dah mencukupi. Sama juga dgn kuah, tak perlu tambah garam kerana dah ada Cukup Rasa dan kicap. Sekiranya rumah anda tak ada Cukup Rasa, boleh diganti dgn kiub stok ayam maggie. Tepung jagung gunanya untuk memekat kan kuah , tapi tak guna pun tak apa.

Resepi di atas adalah berdasarkan untuk sepinggan makan sahaja. Sesuai utk org bujang kan? heheheh..

1 Comment


  1. Looks delicious and simple to make.