Kafe Cakna Kuala Dungun
Lama tak cerita pasal makan2 kat dungun.net ni.. Jadi hari ni kita nak tulis satu artikel mengenai travel dan makan makan di dungun,terengganu yang tercinta.Masa duduk di negeri pantai barat dulu aku suka sgt makan makanan ala chinese dan western. Cthnya mcm kuey teow hotplate, chicken chop, yee mee hotplate , nasi claypot dan sbgainya. Kat sana nk mkn benda camni tepi jalan dan kedai ala foodcourt belambak. Tp bila balik di sini terpaksa buat sendiri kalau nak. Ye lah Dungun mana ada supermarket besar yg ada food court pelbagai makanan kan.
Dalam 2 tahun lepas, ternampak dkt pekan budaya dungun ada satu stall yg menjual makanan hotplate. Tak lama selepas tu aku jumpa la kedai yg bukak stall tuh, terselindung di balik ceruk kuala dungun. Namanya Kafe Cakna Kuala Dungun.
Kafe ni dah berjalan lebih dari setahun lamanya, tp disbbkan kafe terletak jauh di ceruk pantai kuala dungun dan kami takla sll sgt ke kuala , maka tak la perasan kedai ni wujud. Menu dia ada pelbagai makanan dr western + chinese + melayu . Restaurantnya pun menarik .. Ada 3 – 4 stall yg bertugas utk lain lain menu. Dia buat ala food court stall ala bali .

Aku order yee me hotplate manakala kawan aku pulak order nasi goreng hotplate. Yang bes tu, padan dgn harganya sbb ada mcm2 kat dlm. Ns goreng member tu siap ada udang, ayam, sotong.. sama la jugak dgn yee mee hotplate aku. Kira puas hati la makan..
Dekat mana letaknya kafe cakna ni ? Dekat sahaja dgn traffic light balai polis lama dan stesen bas kuala dungun. Lihat gamba rajah di atas
. Kalau ikut pada menu tu dia tulis masa perniagaan bermula dr jam 5 petang sehingga 10 malam. Jadi kalau anda rasa nk makan makanan yg lain drpd biasa, boleh la mencuba ke kafe cakna.





Cantik review, kalau pix boss n kastemer masuk sure lebih gempak.
bukan review berbayar maya.. kebetulan jumpa kedai tuh. skrg kan byk kedai2 buat style ala bali
asyik tutup jer..
g taim tgh raya ke
bape riaL sepinggan nasik goreng tuh?
aku singgoh kedai makan dulu terkenal(keda no.6) tanjung..
aku wase kecewa.. aku baLik baru nih.. kene sapa 9riaL,nasik putih ayam stoko, pedal ayam 3toko…. mentang2 tengok kete aku plet luor…
guane lahh aku nok rekemeng saim2 luor mari makang kapung aku nieyhh!! adehh….
kedai no 6 tu ms kecik2 dlu je aku rajin g mkn roti canai situh. doh besor ni dok rajin singgoh..
ns goreng tu harga dia ada kat dlm menu gambo kat atas
ni jalan cerita sinar harian untuk promo…
@anakjati
ada dungun ke skrg? ingt mggu2 depan ni nk try g kafe ni