The Ghost Writer
Baru baru ni aku tgk movie title The Ghost Writer arahan Roman Polanski .Kalau bc synopsis dia tak la best mana dan bunyi mmg sbijik mcm baca novel biasa mat saleh. Aku pun dwld sebab tgk ada muka Ewan McGregor dgn Pierce Brosnan je tidak la pulak aku sangka yg movie ni btl2 hampir sama sebijik dgn kisah sebenar yg berlaku dkt ex Prime Minister Britain , Tony Blair dan segala polisi-polisi pro-USA beliau.
Ghost writer ni adalah nama panggilan utk penulis yg menulis memoir. Jadi spnjg cerita ni Ewan McGregor hanya dikenali sbgai ghost. Tugas dia menulis memoir ex-president britain iaitu Adam Lang. Di waktu dia ditugaskan menulis memoir tersebut, heboh berita yg Adam Lang ni tangkap 4 org arab yg disyaki terlibat dlm kerja2 terrorist dan diberikan kepada CIA utk diseksa tanpa trial. Maknanya tangkap tanpa kasi mamat2 arab tu defend masuk court, terus bg kat USA utk seksa sampai mati.

Adam Lang dikritik lah dan mengikut undang2 ICC, dia bakal disiasat di bwh akta War Crime dan Crime Againts Humanity. Sekiranya Adam ni masuk ke mana2 negara yg mengiktiraf undang2 International Criminal Court, dia akan di tangkap, di jail dan dihukum. Dalam cerita ni Adam duk menyorok di USA , satu satunya negara yg tak iktiraf ICC. Ironik kan ? Negara yg kononnya plg justify kat dunia tak sokong undang ICC.
Nak dijadikan cerita, penulis yg menulis buku memoir Adam sblm ni mati secara misteri setelah selesai menulis memoir tersebut. Kebetulan pula beberapa perkara yg Adam bgtau ghost mengenai masa lepas dia bercanggah dgn bukti2 sejarah awal penyertaan Adam dlm bidang politik. Check punya check,Adam mempunyai banyak kaitan dr segi ekonomi, kempen pilihanraya dan ekuiti di syarikat2 kepunyaan hakmilik CIA. Jadi terjwblah mengapa kebanyakkan polisi yg diluluskan Adam adalah pro-usa. Adam adalah PM boneka USA..
Ok sekarang meh aku explain apakah persamaan movie ni dgn real life Tony Blair.
1. Dlm cerita ni penulis memoir Adam Lang mati selepas mengetahui yg Adam terlibat dgn CIA dr permulaan dia berjinak dgn politik.
- Dlm real life David Kelly adalah scientist yg ditugaskan mencari bukti wujudnya senjata berbahaya ( nuclear, chemical etc ) di Iraq. Sekembalinya David dr Iraq, David memberitahu seorg pemberita yg tuduhan USA dgn Britain mengenai wujudnya senjata tersebut adalah tidak berasas. Beliau tidak menjumpai sebarang senjata biochemical berbahaya sewaktu melakukan siasatan di sana. David Kelly kemudiannya diasak dan dipanggil gov utk disoal siasat.2 hari selepas beliau ditahan, beliau dijumpai mati berdekatan kawasan kediamannya. Kematian beliau dikatakan sebagai membunuh diri walaupun ramai yang tidak percaya dan beberapa doktor menyangkal keputusan bunuh diri sbgai sbb kematian.
2. Richard Rycart iaitu Foreign Secretary tidak bersetuju dengan pendirian Adam Lang menyokong amerika berperang dgn Iraq. Dalam filem ni dia cuba sedaya upaya mencari bukti tersembunyi kenapa Adam ni Pro-USA dan adalah salah seorg yg memberi bukti kepada ICC mengenai salah laku Adam.
- Robert Cook ,ahli parlimen dan bekas foreign secretary meletak jawatan sebagai Lord President of the Council and Leader of the House Commons sebagai protest invasion ke atas Iraq.
3. Dlm movie ni Adam Lang ahli parti buruh british.
- Tony blair pun sama
4. Dlm Movie ni Adam Lang bakal dituduh sebagai War Criminal oleh ICC.
- Kat real life Tony Blair di siasat oleh The Chilcot Inquiry
5. Movie ni kluar pada bulan Jan 2010 dan movie ni rata2 berkisar kepada memoir Adam Lang – ex PM Britain.
- Pada bulan March 2010, Blair mengumumkan bakal menulis Memoirs nya bertajuk “The Journey” . Pada 16th August Blair mengumumkan bakal memberi segala keuntungan dr buku tersebut kepada askar2 yg tercedera di perang Iraq. Memoirs Blair yang sebelum tu tak laku sampai 100 buah buku tiba2 di pre-order dan naik mendadak jumlah pembelian sehingga menjadi antara 20 buku paling terlaris. Blair juga mengumumkan akan tetap memberikan sumbangan sebanyak 4juta tidak kira samada memoirs beliau laku atau tidak.
Walau bagaimanapun.. Ending movie ni berbeza berbanding dgn real life Tony Blair. Nak tahu camna ending dia kena la tgk sendiri..
