Menghilangkan Bau Badan
Tips Menghilangkan Bau Badan – Cara Simple No Cost
Bau badan berpunca dr pemakanan dan keadaan cuaca . Mcm kita skrg ni di Malaysia sedang mengalami cuaca terpanas sepanjang tahun. Bila berpeluh, badan akan berbau. Mandi boleh menghilangkan bau badan, tapi kalau lepas mandi tak sampai 5min dah berpeluh bagai nak rak , macam mana ?
Di sini akan kami bagi tips menghilangkan bau badan cara mudah dgn menggunakan produk2 yg murah dan senang di cari di mana2 kedai runcit ataupun belakang halaman rumah anda. Taktik ni 100% menjadi dan boleh bertahan lebih lama dr mana2 produk deodorant yg ada kat supermarket.
Tips Menghilangkan Bau Badan – Bahan Bahannya
Ada tiga produk yg selalu digunakan oleh org zaman2 dahulu utk menghilang kan bau, tak kira la bau ketiak ke bau hanyir ke bau perut lembu ke, semua boleh pakai.
Limau dan Kapur Sireh. Dua dua boleh menolong menghilangkan bau badan. Limau dan kapur dua dua boleh didapati di mana2 kedai runcit ataupun kedai barang basah. Harganya tak melebihi dr RM2 . Anda hanya perlu menyapu limau atau kapur di bahagian2 yang selalu berpeluh setiap kali mandi dan dijamin akan terdapat perubahan mendadak dalam masa 1-3 hari. Tak perlu menggunakan kedua dua bahan skaligus, hanya salah satu sahaja dah cukup. Melainkan anda nk buat tip mencerahkan kulit ketiak maka hendaklah menggunakan limau dan kapur skaligus.
Ada satu lagi cara tradisional yang diguna pakai org2 zaman dahulu kala utk menghilangkan bau badan. Sekiranya anda sering mandi perigi timba, maka bolehla menggosok badan anda dgn tali timba. Mengikut org tua tua dahulu, cara ini lah yg lebih berkesan berbanding menggunakan limau atau kapur. Tapi kan bila pikir2.. kotor lah pulak . Dah gosok badan dgn tali timba, guna pulak timba tu utk ambik air. Habis semua org yg mandi selepas tu mandi dgn bekas kotoran ketiak anda. Itu kalau dia gosok di ketiak shj, cuba kalau dia gosok tempat lain.. Hish..Nak nak ada pulak yg buat minum air perigi tuh.
Sekiranya anda amalkan tips ini setiap hari , nescaya tak perlu lagi beli produk deodarant mahal . Pakai limau yg tanam kat blkg rumah saja dah cukup . Cubalah







Pakai tu jangan banyak sangat, sapu ala kadar sahaja…nanti ada plak yang luka ketiak… tak pasal2 cipta masalah baru…
.-= Maya´s last blog ..Satu Meja Satu Tong Sampah =-.