H1N1 di Dungun!
Terkejut tgk tajuk utama berita harian harini mengenai H1N1 kembali aktif dan 5 orang yg terkena penyakit tu adalah budak SMK. Rantau Abang!
83 kes di Selangor, Melaka, Terengganu sah dijangkiti virus tempoh seminggu
KUALA LUMPUR: Wabak Influenza A (H1N1) yang pernah mengorbankan 77 orang di negara ini, kembali mencemaskan apabila 83 kes di Selangor, Melaka dan Terengganu disahkan dijangkiti virus itu dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu lalu.
Pada Sabtu lalu saja, 371 pesakit dimasukkan ke 38 hospital kerajaan dan tujuh pusat perubatan swasta di seluruh negara dengan simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). Daripada jumlah itu, 25 disahkan positif H1N1 dan lapan dirawat di unit kecemasan.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan meningkatkan pemantauan serta pencegahan bagi mengelak virus itu merebak.
Daripada 83 kes itu, 15 membabitkan kakitangan Hospital Serdang, Selangor, 16 pekerja Ladang Sime Darby Merlimau, Melaka; 31 pelajar Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah, Melaka; tujuh pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin Melaka, sembilan penghuni Rumah Anak Yatim Vidyalaya Kuala Kubu Bharu, Selangor dan lima pelajar Sekolah Menengah Agama Rantau Abang Dungun, Terengganu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes secara berkumpulan itu menunjukkan penularan H1N1 di negara ini masih aktif, tetapi terkawal.
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya masih belum ada tanda berlaku gelombang kedua H1N1.
“Risiko atau kemungkinan berlakunya gelombang kedua masih tetap ada kerana masyarakat Malaysia secara amnya masih rentan terhadap jangkitan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman web kementerian.Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah pencegahan H1N1 yang diumumkan sebelum ini.
Di ALOR SETAR, sumber memberitahu Sekolah Menengah (SM) Teknik Langkawi ditutup semalam, menjadikan tiga sekolah di pulau itu ditutup setakat ini berikutan jangkitan ILI.
Arahan menutup sekolah itu dikeluarkan selepas 86 daripada 616 murid dan kakitangannya mengalami demam, batuk dan selesema.
Kelmarin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup berikutan lebih 50 peratus pelajarnya terkena jangkitan sama.
Cara2 nk avoid H1N1 merebak
1. basuh tangan dgn sabun
2. bila bersin, ttp muka dgn tgn . ataupn bersin ke arah bahu supaya tidak terkena tgn. Basuh tgn dgn sabun
3. jgn sentuh mata, mulut dan hidung dgn jari dan tapak tgn sekiranya anda ada terkena selsema dan batuk2. kerana virus boleh memasuki ikut mata, mulut dan hidung.
4. jgn pergi ke hospital utk sakit2 biasa. pegi klinik je utk mengelakkan dr terkena virus
5. elak dr travel menaiki kapal terbang, bas dan perkhidmatan awam yg lain2
6. pakai mask penutup mulut dan hidung
Berjaga jagalah wahai orang2 Dungun sekalian. Jangan lupa basuh tangan . pakai mask bila kluar berjalan2 dan membeli belah bersuka ria.

salam…H1N1 kembali lg?…takut mendengarnya…Dungun dh masuk senarai plak tu..kami baru rancang nak g lawatan sambil belajar kat Pulau Langkawi bulan 5 ni…mcm mane ni…takut JPNT xlulus nnti..dh la tahun lepas nak g lawatan kat Kuantan kene batal sbb H1N1 jgk…ingat 2010 dh ok…wait n see la nmpknyer..kesian kat pelajar2 nk g lawatan…
.-= mijar´s last blog ..AKTIVITI PENGAKAP – ROTI LILIT BAKAR =-.
Melaka pun ada kes terperencil. haih mcm penyakit la ni
.-= Afiq´s last blog ..Perks of having best friend =-.
yg dekat melaka tu dah confirm bukan h1n1. yg dkt langkawi dah confirm h1n1 kembali spread.. so mayb @mijar kena ngejust lawatan tempat lain pulak?