Jennifer’s Body

March 18, 2010  |  Featured

Jennifer’s body adalah movie horror tak sedap lakonan Megan Fox yang terkenal dgn sebuah lagi movie tak sedap iaitu transformers.  Seperti title nya, movie ni adalah berkenaan jennifer dan bodynya yang hot , cun, bergetah , bergetik dan sbgainya dalam bentuk seducing ala ala horror.

Kisahnya bermula dgn jennifer dan gf dia Nerdy gi tgk live band show di sebuah bar. Tak pasal2 tiba2 je ada api menyambar kat dlm bar tuh dan membunuh hampir semua org dlm bar kecuali jennifer, nerdy dan ahli2 geng kumpulan live band tadi.  Sebenarnya api kecik je. Tp ntahla apsal tiba2 drg tak reti nk kluar ikut pintu dan sibuk duk bergolek pegi dekat api lalu terbakar sesama sendiri.  Bukannya ramai mana manusia dlm bar tuh sampai nk bersesak sesak. Adoi..

Nak dijadikan cerita, Jennifer ni ter trauma. Masa orang lain duk sibuk terbakar dia duk ternganga tgk lead singer live band . orang lain sibuk nk lari, dia duk angau ngn lead singer td. Then bila dah dpt melarikan diri kluar dr bar, jennifer ikut lead singer td masuk dlm Van dan hilang di tgh mlm meninggalkan Nerdy balik sorang2 ke rumahnya.

Bila Nerdy sampai je kat rumah dia, dia perasan mcm ada org plak kat dlm rumah dia. Nerdy ni saspen so dia call la bf dia . Lepas dah jenguk2 dlm rumah and mengesahkan takde sesapa, tiba2 Jennifer muncul kat kitchen dgn body yg berlumuran darah mcm baru lepas kena sembelih. Jennifer nmpk mcm hantu yg nak membunuh.. Nerdy igtkan dia nk mati dah, tp tiba2 lak Jennifer ni pegi serang peti sejuk dia pastu ambik ayam goreng sekor dan melantak mcm tak mkn sebulan. Sempat lagi Nerdy sound “ weh ko takleh mkn ayam tu mak aku bli kat boston “ . Bila Jennifer br je menjamah drumstik, tiba2 termuntah la plak. Lepas memuntahkan segelen minyak , Jennifer blah dr rumah Nerdy . Tinggal la Nerdy srg2 kena bersihkan lantai.

Esoknya, seorg budak lelaki dijumpai mati dgn perut terburai rabak kena makan.

Rupa rupanya mlm Jennifer dilarikan dgn Van, Jennifer dijadikan mangsa sacrifice dekat setan oleh dak2 Band td. Drg igtkan Jennifer ni virgin, so dia duk la sembelih Jennifer kepada setan. Disbbkan Jennifer bukan virgin, setan telahpun masuk  ke dlm bodynya dan run rampage mkn perut budak2 laki dlm town tersebut.

Starting ceritanya ok, seram dan watak seducing Megan Fox memang sesuai dgn muka dan body dia yg volumptous .  Tapi penulis cerita ni mcm tak ada idea nk tulis dialog apa.  Kebanyakkan masa aku duk tergelak dgn dialog2 yg keluar dr mulut pelakon2 cerita ni. Nk kata movie comedy, tak mcm comedy. Nk kata horror movie, tak mcm horror movie.  Nk lagi best, semasa movie ni dah nk sampai ending di mana Nerdy dgn Jennifer bergaduh, heroin dgn 2nd heroin boleh siap kutuk mengutuk rupa masing2 dan hantu Jennifer boleh siap terasa bila Nerdy cakap Jennifer senang gemuk sbb tu dia dah tak popular.

Dalam erti kata lain, movie ni nk promote body Megan Fox shj. Jadi kalau anda rasa nk tgk body Megan Fox yg bergetah dan cun, dipersilakan lah download. Nak dapat real life gf mcm body Megan Fox bukan boleh pun kan? Tgk dlm movie je dah la kes kes kes …

Kepada peminat Seth Cohan / Adam brody dr siri tv The O.C , bolehla menjamu mata dgn movie ini kerana Adam ada dlm movie ni melakonkan watak lead singer .  Daripada seorg nerd menjadi pembunuh occult ..

 

3 Comments


  1. movie is kinda gay, but well megan fox is not ;p.
    .-= Afiq´s last blog ..New toy =-.

  2. probably because of the word i used haha.
    .-= Afiq´s last blog ..Reading is a lost art =-.