Silat Pongok Aliran Panglima Hitam Tambun

February 23, 2010  |  Dungun, Sejarah

Hari ini Dungun.Net akan menceritakan asal usul Silat Gayung Pongok aliran Panglima Hitam Tambun ataupun lebih senang dikenali sebagai Tok Tambun. Dungun.Net akan mengguna pakai gelaran Tok Tambun utk memudahkan cerita.

Untuk bacaan terdahulu mengenai sejarah Panglima Hitam Tambun ;

Tok Tambun

Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved

Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.

Ada banyak silat gayung yang dinamakan Pongok. Antaranya adalah;

  • Silat Pongok Tok Perpat
  • Silat Pongok Harimau Berantai
  • Silat Pongok Panglima Hitam


Ketiga tiga silat gayung di atas bukanlah aliran Tok Tambun dan tiada kena mengena dgn aliran Tok Tambun. Silat Pongok Tok Tambun hanyalah dikenali sebagai Gayung Pongok ( GAP ) . Tiada tokok tambah nama di depan ataupun di belakangnya .

Asal Usul Silat Gayung Pongok

Silat Gayung Pongok berasal daripada  Padang,  iaitu negeri yg mengamalkan adat minang / minangkabau di Sumatera Barat Indonesia. Di sebuah kampung di daerah Padang, seorang penghulu kampung bergelar Tok Demang telah pun meninggal dunia. Penghulu tersebut mempunyai dua orang anak , lelaki dan perempuan. Penghulu tersebut adalah pelopor kepada Silat Pongok.Apabila beliau meninggal dunia, anak lelakinya mengambil alih Silat Pongok dan status Tok Demang.

Akan tetapi anak perempuan penghulu mempertikaikan keputusan tersebut. Beliau mencabar adiknya yang bernama Abd. Rahman, setakat manakah kepandaian Abd. Rahman dalam Silat Pongok dam bolehkan Abd. Rahman mengatasi kepandaian kakaknya . Oleh kerana dicabar, Abd. Rahman pun melawan kakaknya tetapi tumpas. Setelah tumpas kepada kakaknya, Abd. Rahman lari membawa diri ke Pahang. Dari Pahang, Abd. Rahman terus menaiki perahu menyusuri pantai dan akhirnya jatuh di Tanjung Sura dalam keadaan kebuluran dan hampir mati.

Di waktu tersebut ada 4 sahabat sedang mencari rotan , damar dan kayu candang. Mereka adalah Pak Dagang bin Mansor ( bapa mertua Tok Tambun ) , Zainal ( lebai jenal ), Abd. Somad dan Amin bin Andak ( ayah Tok Tambun ) . Mereka ni mencari dr Kuala Dungun sehinggala ke Bukit Bauk. Abd Somad, Amin dan Zainal ditugaskan mencari rotan manakala Pak Dagang menjadi tukang masak. Pak Dagang menemui Abd. Rahman yang terhanyut di Tanjung Sura. Pak Dagang pun membantu la Abd. Rahman ni naik ke darat. Dek kerana terhutang budi dgn Pak Dagang, Abd. Rahman menurunkan Silat Pongok aliran keluarganya kepada 4 orang sahabat tadi.

Dalam 4 sahabat tadi, Dagang adalah murid terbaik dan Abd. Rahman menitahkan yang Dagang adalah guru di Kuala Dungun. Sekiranya ada orang yg boleh mengalahkan Dagang , orang tersebut akan menjadi murid Abd. Rahman yang paling kanan. Mengikut kata sejarah, tak ada seorang pun yang boleh mengalahkan Pak Dagang. Abd. Rahman kemudiannya kembali ke Pahang dan membuat aliran gayung baru iaitu  Silat  Sendeng. Dari Pahang beliau terus menyebarkan silatnya ke johor dan Singapura. Di Singapura, Malik Sultan Muda adalah murid Abd. Rahman yang seterusnya mengajar Silat Pongok .

Begitulah kisahnya Silat Pongok aliran Tok Tambun. Akan tetapi Tok Tambun tidak berguru dgn mana² guru untuk mewarisi Silat Pongok. Segala ilmu silat Pongok yang dipelajari Tok Tambun adalah melalui mimpi. Ini kerana Tok Tambun adalah orang hikmat iaitu Wali Allah S.W.T.

Warisan Pongok

Gelanggang pertama gayung Silat Pongok dibuka di tapak Hotel Kasanya, Dungun sekarang. Antara guru guru  Silat GayungPongok ;

01

Pok Muda Jusoh

Selepas dr Tok Tambun, Silat Pongok diwariskan kepada anak Pak Dagang, Pok Muda Jusoh . Pok Muda Jusoh adalah ipar Tok Tambun.

02

Sulaiman

Diperturunkan juga kepada Sulaiman ( Pak Teh Seleman ) – Biras Tok Tambun

03

Ayah Chik Hasan

Sulaiman menurunkan kepada Ayah Chik Hasan – anak saudara Tok Tambun. Beliau menuntut Silat Pongok selama 30 tahun

04

Pak Hitam Amat

- Sepupu Tambun

05

Ismail Bulu

Ayah Chik Hasan menurunkan pula kepada Ismail Bulu – anak saudara Tok Tambun

06

Chik Mat Taib

Ismail Bulu menurunkan kepada Ayah Chik Mat Taib – anak sepupu Abd. Ghani

07

Muhamad bin Soleh

Murid seterusnya adalah Muhamad bin Soleh – sepupu Chik Mat Taib. Muhamad kemudiannya menurunkan ilmu kepada anak anaknya.

08

Awang bin Sulaiman

Chik Mat Taib juga menurunkan ilmu kepada Awang bin Sulaiman yg membuka gelanggang Silat Pongok di Kemaman.

09

Ayah Wan Osman

Murid seterusnya adalah Ayah Wan Osman dan Muhammad bin Daud

10

Pok Tor Tolaha

Pok Tor ( Tolaha) membuka gelanggang pongok di Sg. Ular

11

Pok Hashim

Sg. Udang Dungun. Cicit Tok Tambun


Pongok aliran Abd. Rahman, Pak Dagang dan Tok Tambun masih segar tetapi mendiamkan diri. Ini kerana pesanan guru Silat Pongok supaya anak muridnya tidak membuat bising dan tidak memegahkan diri .

Senjata Silat Pongok

Senjata yang digunakan pakai dalam Silat Gayung Pongok adalah keris, golok , pedang , badik , kapak , lembing dan tekpi.

Kisah Kehebatan Silat Pongok

Antara kisah yang paling terkenal mengenai kehebatan ilmu silat Tok Tambun adalah perompak Lang Merah. Tok Tambun mengumpulkan Abdul Ghani (menantu ) , Seman Pinang Kote ( sepupu ) , Che Wan Su menangkap kumpulan perompak Lang Merah.Kisah ini tercatat dlm sejarah Dungun dan Negeri Terengganu . Kisah tangkapan ini juga pernah di theaterkan oleh Pejabat Polis Daerah Dungun pada tahun 1958 dan Pok Long Dollah iaitu anak Tok Tambun diminta menolong dalam jln cerita theater tersebut .

Tok Tambun juga melibatkan diri dalam perang Indonesia melawan pemeritahan Belanda di padang. Kisah kisah Tok Tambun masih segar di ingatan orang2 Indonesia dr sumatera sehingga ke Kalimantan Barat.

Silat Gayung Pongok juga diguna pakai di dalam filem filem melayu lama antaranya filem P.Ramlee. P.Ramlee ada mengguna pakai teknik Silat Pongok dalam filem Ragam P.Ramlee – Damak , Hang Tuah ( semasa jebat berlawan dgn hang tuah) dan Batu belah batu bertangkup – Aziz Jaafar melawan Sarip Kamil dan Hulubalang Daik .

Dalam cerita Damak dan Enam Jahanam, P.Ramlee menggunakan Gayung Silat Sendeng.

Silat Pongok tidak boleh dipelajari oleh mereka yang berniat jahat ataupun berniat untuk bermegah2. Sekiranya ada berniat sedemikian, anda tidak akan dapat mempelajari Silat Pongok malah anda tidak akan dpt melihat gelanggang pongok walaupun gelanggang tersebut berada di depan mata.

Syarat Menjadi Murid

Murid Silat Gayung Pongok harus memberi sehelai kain putih  dan sebilah pisau kepada guru silatnya.Kain putih dan pisau memberi makna bahawa pelajar rela perutnya di toreh pisau dan ikhlas untuk mempelajari ilmu seperti kain yang putih.

Penulis ada terbaca di internet mengenai Lang Merah ditangkap oleh Tengku Jaafar. Tengku Jaafar adalah guru Silat Sendeng dan beliau masih kecil sewaktu Lang Merah ditangkap oleh anak murid Tok Tambun. Lang Merah ditangkap pada tahun 1885 .

edited on 12.46am 25th feb
 

9 Comments


  1. bagus dan menarik u punya article……memupuk explorace minda dan pengetahuan sejarah yang menjadi marisan khazanah bangsa

  2. Bagus artikel ni, keronjin…
    adakah Allahyarham Zainal itu keturunan Allahyarham Sheikh Abdul Malik?
    Dan kalau boleh cari cerita asal usul Allahyarham Pak Dagang mesti best lagi. Moyang segala moyang untuk anak cucu cicit Allahyarham Tok Nyut Tambun.
    .-= awang´s last blog ..Asal-usul orang Dungun dan Terengganu. =-.

  3. ya. zainal ( lebai jenal ) keturunan tok pulau manis

  4. bgus2…
    bukan senang nak cungkil maklumat ni…
    sekrg siapa yg ajAr silat pongok? kat mana sg.ular?
    .-= MASOKIS´s last blog ..PROJECT : MASOKIS FILE INFORMATION 2 =-.

  5. nnt tanya balik kat mana sg.ular .
    di Dungun GAP Sg.Udang dah close. kat tmpt lain x sure

  6. @masokis

    dapat jumpa pok tor tak