Ribut Melanda Dungun

September 30, 2009  |  Dungun

Semalam puting beliung kecil melanda sebahagian besar kawasan daerah Dungun. Antara yg Dungun.Net ketahui adalah kampung sura, balai besar dan batu 48. Kawasan tersebut mengalami beberapa kemusnahan kecil. Kawasan2 lain hanyalah terkena tempias angin.

Puting beliung kecil ini bermula dr Pulau Kerengga, Jambu Bongkok dan bandar Dungun. Kereta kereta yg melalui jalan Kt- Kemaman smlm bergerak secara perlahan2 beramai2 kerana hujan berserta angin yg membawa pusaran daun pokok terlalu kuat sehingga tidak nmpak jalanraya. Ada juga mengatakan hujan air batu turun di Jambu Bongkok smlm.

Gambar gambar after effect kejadian ribut di bawah;

speaker tumbang2

Pengalaman Dungun.Net menghadapi ribut smlm.. pada mulanya ia bermula dgn angin yg terlebih kencang dari biasa. Dan hujan merentap2 di tingkap seperti lemparan pasir dan batu. Kemudiannya terdengar bunyi nyaring angin yg luar biasa. Bunyinya mcm yg kita dpt dengar di telinga apabila keadaan sunyi. Seeeeeeet….. tetapi bunyinya mcm “High Pitch” jet pejuang yang nk jatuh ke bumi. Kemudian dpt didengari pasu pasu bunga yg pecah di ikuti dgn bunyi barang2 yg terhempas di sliding door dan dinding rumah. Dlm masa 5 min tersebut kami dpt dengar bunyi atap rumah terentap tercabut dgn kuat dan alarm kereta yg tiba2 berbunyi kerana dilanggar sesuatu. Pada waktu tersebut kami sedar yg ini bukan lagi ribut yg biasa dan segera mencari tempat perlindungan yg selamat dr tingkap pecah kerana bimbang akan keadaan genting ini. Syukur Alhamdullilah, ribut tersebut berkurangan 5 min selepas itu.

tumbang nagkapatah

Apabila reda, kami lihat rumah kami ada atap2 yg tercabut dan melekat di kereta. Bukan sahaja rumah kami, rata rata hampir semua rumah tercabut atapnya. Pokok2 tumbang di merata tempat sehingga ada jalan yg tak dpt dilalui. Ada juga rumah2 yg tiada eletrik hasil dr ribut tersebut.

atapcabut baikiatap

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada MPPD , TM , TNB dan tukang2 baiki rumah kerana mereka2 semua ni dgn cekap membaiki keadaan. Menjelang waktu tengahari keesokkannya, rata rata kawasan yang dilitupi ribut telahpun dibersihkan oleh JKR dan TNB. Tak kurang juga dgn tukang2 buat rumah yg dah muncul awal2 pagi utk membantu mereka2 yg dilanda ribut.

Dungun.Net ingin menyiarkan berita ini smlm akan tetapi line phone rumah terputus oleh pokok tumbang. Setelah membuat report pd jam 10 pagi, Sub kontraktor TM dtg pd jam 2 utk memasang kembali line. Bagus btl. laju drg buat kerja hari ni. Kalau hari hari biasa tu slow la pulak. huhuhu..

Ribut yg sama dikatakan melanda Kelantan yg meragut nyawa seorg pelajar dan juga hujan air batu di Pahang.

 

6 Comments


  1. cabbut atap geting umah ambe 8 keping…kuasa Allah.

  2. Isk..kuat jugak ribut nih yerk

  3. i was the victim too

  4. haih..bior betol ade puting beliung..
    nsib bek mok ak kt kg xdop kne mende2..

  5. tempias parma.. parma abis dungun pn cerah je skang

  6. ambe dok prasang sgt ada ribut ari tu.prasang angin kuat..mujur pokok nyor kat bira umah dok tumbang kalu dok paroh..paroh..jadi wahai sdara skalian beringat-ingat laa..ALLAH MAHA MENGETAHUI