Hari ini penulis ingin menceritakan bagaimana penulis titih menitih ada kena mengena dgn keturunan Toki Aman bermula dr zaman
Tok Pulau Manis( Sheikh Abdul Malik ) . Cerita ini juga berkaitan dgn susur galur Tok Pulau Manis akan datang.
Sebelum itu ingin saya maklumkan, keturunan Sheikh Abdul Malik telah membuang gelaran Sheikh kerana tidak ingin diketahui orang ramai. Jadi keturunan selepas Daud b. Sheikh Abdul Malik tidak lagi menggunakan gelaran Sheikh.
Zainal ( lebai zainal ) adalah anak kepada Daud bin Sheikh Abdul Malik. Beliau mempunyai 7 orang anak iaitu ;
Anak Lelaki
Abu Bakar, Ismail , Yusof , Tahir , Tok Long ( buta )
Anak Perempuan
Kalsum dan Tok Alam
—————
Susur Galur Perkahwinan
Apa yang menarik mengenai keluarga ini adalah hubungan susur galur melalui perkahwinan yang membuatkan keluarga Toki Aman berwarna warni.
Tok Alam bt Zainal berkahwin dengan Tengku Chik Abdul Jalil
Ismail b Zainal mendapat anak bernama Embun
Yusof b Zainal mendapat anak bernama Abd. Ghani .
Embun kemudiannya berkahwin dgn Tok Yuh ( Che Teh ) .
Embun dan Tok Yuh ( Che Teh ) mendapat anak bernama Jarah ( Tok Jarah ) .
Abdul Ghani berkahwin dgn Intan bt Tambun .
Anak2 Abdul Ghani dan Intan – Aman , Ahmad , Mek woh, Teh Jah , Su moh .
Aman b Abdul Ghani berkahwin dgn Jarah bt Embun .
Kesimpulan yg kita dpt di sini adalah Embun dan Abd. Ghani adalah sepupu . Aman dan Tok Jarah 2 pupu.
berbalik kepada cerita di sebelah Tok Yuh . Tok Yuh ( Che Teh ) bt Che We Ismail yg berasal dr Kelantan atau pada ketika itu dikenali sebagai ” org barat hanyut ” mempunyai seorang sepupu bernama Che Muda . Che Muda kerap kali datang ke Dungun utk menuntut ilmu dengan Tok Ngah Tijah ( anak Tok Tambun ) . Beliau juga bersahabat baik dgn Abdullah ( Pok Long Dollah ) anak Tok Tambun . Dikatakan bahawa Che Muda adalah orang istana kelantan dan sangat sangat berminat dgn ilmu Tok Tambun.
Che Muda mempunyai 4 orang anak. Salah seorangnya adalah Wan Mas .
Wan Mas berkahwin dgn Dollah . Anak mereka adalah emak penulis .
Hashim b Aman + emak penulis .
Hashim b Aman dgn emak penulis adalah 3 pupu .
Bermakna penulis dengan cucu2 Toki Aman adalah 4 pupu .
Sayangnya, Toki Aman hanya mengetahui kisah ini beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia dan tiada keturunan yang sebelum beliau mengetahui yang emak penulis adalah cucu sepupu kepada Tok Yuh .
Begitulah kisahnya susur galur keluarga Tok Pulau Manis, Toki Aman dan Penulis .
- Seri Bunian (1.000)
- Tok Tambun berlaga Lembu (1.000)
- Maqam Panglima Hitam Tambun (1.000)
- Kertih dan Paka (0.893)
- Pewaris Anak Dungun (0.893)
Keroro. tok ku paloh orang lain, Sheikh Abdul Malik adalah Tok Pulau Manis
isk isk.. tak perasan plak smlm . sry2 . padahal dah dable check tuh 2 , 3 x ish. buat malu je
Ooo, rupanya kita pun bersaudara dekat-dekat jugak…jadi bila nak gath ni-kecil-kecilan sesama kita, ajak abang sobri sekali…
awang@dungun´s last blog ..Kacang Rebuh Makcik Halimah
sblh pok long abdullah tu pn sy ada kena mengena sblh isteri dia.
awang sy nk tumpang tanya sikit, bengkel sejarah yg kena kansel tu dia jemput sapa pergi ?
Bengkel sejarah tu dibuat untuk mendedahkan pelajar sekolah tentang sejarah dungun dan Kesultanan Terengganu, dowang tengah plan nak ceritakan kisah Tok Nyut Tambun ke setiap sekolah, khabarnya persatuan ada simpan cerita tok nyut melalui penceritaan Pok Long Abdullah rasanya, tak pung Along anak Pok Long.
Btw, mak keroro dengan tok yuh tu kiranya tok tuh tu mak sepupu kepada mak keroro?
awang@dungun´s last blog ..Kacang Rebuh Makcik Halimah
ya mak sepupu. ayah tok yuh tu adik bradik dgn ayah che muda.
saya hairan dgn persatuan sejarah dungun ni.. kalau betul persatuan ada simpan sejarah dr pok long, knp mereka boleh tersilap fakta mengenai tok tambun ? dan knp pulak drg tak mencari source yg lebih stabil utk kisah2 tok tambun . Source yg drg ada skrg ni boleh ke org tu jwb brp adik bradik tok tambun, sapa adik bradik tok tambun . Dr mana asal silat ponggok tok tambun..
Itu saya kurang pengetahuan,kena tanya persatuan sendiri apa yang fakta yang pihak mereka tahu, berkenaan fakta baru-baru ini saya anggap kesalahan akhbar, mungkin fakta dari persatuan lain, akhbar tulis lain-secara teori saya, berkenaan sumber itu atau source tu kena tanya persatuan jugakla-pengesahan tentang sumber itu stabil atau tidak keroro boleh merujuk dengan persatuan,mungkin ada versi berbeza,mungkin versi sama. Pendek kata kita boleh membantu, menilai dan memberi maklumat balas kepada persatuan jika ada tambahan atau kesalahan-mungkin keroro boleh berjumpa dengan Ustaz Abdul Wahab sendiri.
awang@dungun´s last blog ..Kacang Rebuh Makcik Halimah
bukan apa awang. saya rs terkilan jugaklah.. sebelum sy ceritakan kisah THT di internet, tak ada siapa yg peduli.
Skrg ni bagaikan berebut nk sampaikan kisah Tambun. Then walaupun begitu, tak seorg dr persatuan nk menjenguk Pok. Sedangkan di sini sy dah tulis jelas siapa sumber saya.Buat bengkel pn x sampai di pengetahuan kami dan pd pengetahuan sayalah, yg terlibat dlm persatuan bukannya tak kenal Pok Kasim. Saya tak ada lagi jumpa org yg tahu sejarah Tambun A-Z siap berserta tahun sejarah berlaku.
kalau mereka ada detail dan boleh jwb semua persoalan , Jadi kalau mereka lebih tahu kisah THT, kiranya sy tak perlu la lagi reveal lebih byk kisah Tambun. kalau nnt kisah sy contradict dgn kisah yg diceritakan persatuan, jadi tak betul lah cerita sy.
Pahamlah saya dan setuju, sebenarnya apa yang saya tahu dan pembacaan saya dalam buku warisan jilid 5 tahun 1985 Sejarah Terengganu, persatuan sejarah Dungun telah lama mencatatkan sedikit sejarah Panglima Tambun, dan soal berebut tidaklah saya ketahui, secara diplomasinya, saya rasa keroro ( keroro dan keronjin ni orang berbeza ke? ) boleh berjumpa sendiri dengan Ustaz Abdul Wahab dan berbincang, sebabnya saya pun tak tahu bila persatuan nak buat roadshow tu, yang dekat SMTIZ dalam akhbar hanya cakap nak buat pengkisahan Sejarah Dungun tak tahulah sejarah tu terlibat THT atau tidak tetapi yang saya dengar2 kat SMTIZ tu nak buat pengkisahan Sejarah Sultan Terengganu sahaja, berkenaan THT tu di lain rancangan. Saya setuju persatuan menjemput Pok, elok sangatlah,apa kata Keroro berjumpa dan diskusi dengan persatuan.
Berkenaan contradiction tu saya harap jangan ada perasaan macam tu, teruskan menulis kisah THT sebab seperti sebelum ni saya kata, kita sebagai ahli keluarga THT kita bantu, menilai, memberi maklumat balas dari segi penambahan dan berbincang tentang isu yang berbeza. Kita jangan buat assumption apa-apa lagi, lebih baik jumpa dengan persatuan,clearkan apa-apa dispute. Lagipun saya pun tak banyak maklumat kisah THT ni, dan saya rasa Keroro lagi banyak tahu. Sebenarnya kisah ini pernah saya ambil tahu dulu-dulu tetapi kebanyakkan ahli keluarga semacam mahu merahsiakan.
Kalau kita berbincang di sini pun, hasilnya tak ke mana sementelah saya ini jauh dari Dungun, moleklah keroro berdaftar dengan persatuan sejarah, lagipun saya dengar anok beranok Che Kor Telaga pun ada menjadi ahli, dengan itu bolehlah keroro bersama dengan mereka dan mengusulkan isu-isu THT.
benar tu persatuan dah lama catat kisah THT , tp baru akhir2 ni mereka aktif balik.
ustaz hj wahab ada dtg berjumpa pok berbincang psl hal sejarah selepas sy publish cerita pertama kisah tambun di sini, Kmudian tak dtg2 lagi dah. Sedar2 kluar dlm paper bergambar di kubur THT.
Psl contradiction tu awang.. Bak kata, saya ni webmaster shj. Mereka adalah Persatuan Sejarah Dungun. Kalau anda orang luar, walaupun saya ni anak Pok .. Siapa anda lebih percaya ? Persatuan sejarah ke webmaster? huhuhu.. Kalau sy sendiri pn sy akan pikir persatuan lebih tepat. Tapi sy terimalah cdgn awang, rsnya lebih elok kalau berjumpa dgn persatuan sendiri.
Sbnrnya sy pn x fhm knp ahli kluarga berahsia sgt dgn kisah THT. Di luar sana ramai yg mengaku tahu tp jauh benar plotnya dr kisah asal.
@keroro @keronjin org sama. @kururu baru la penulis lain.
Cool…pasal orang luar kita tiada mampu memaksa untuk mereka menerima cakap kita, apa-apa pun kita sebagai ahli keluarga THT kita berusaha ke arah itu, diplomasi jalan yang baik, isu masuk paper tu pun saya terkejut tetapi Alhamdulillah dah nampak jalan ada orang ingin mensejarahkan semula kisah THT, btw saya cari dalam internet berkenaan Tok Pulau Manis:
http://ulamanusantara.blogspot.com/2007/10/tok-pulau-manis-syeikh-abdul-malik.html
Keroro scroll ke sub topik Keturunan, dinyatakan di situ nama Daud, tetapi bukan anak ,nama Daud dinyatakan sebagai cucu.
Kururu ni sapa pulak, mehla jupe…tanya abang sobri kata dok jupe agi ngan keroro ni…
konfem. Daud anak tok pulau manis.
duk tgh nk kontek abe sabri gak ni huhuhu..
Mak keroro kita satu pangkat dengan Allahyarham Tok Ki Aman ke, sebab Was Mas tu kahwin dengan Pok Long Abdullah = emak keroro, Abdul Ghani kawin dengan Intan = Tokki Aman. Begitu ke?
mak dgn toki aman – anak 2 pupu. Dollah tu bukan Pok Long Abdullah.. ke awang maksudkan Along anak Pok Long Abdullah ? bukan jugak. Wan Mas dgn Dollah ni org kelantan.. Tok Yuh dgn mak – cucu
yg sy kena mengena dgn sblh pok long tu payah nk explain sbb tak brp jelas.
maksud anak 2 pupu camana, btw buku salasilah tu ada dengan siapa sebenarnya?menarik kalu dirungkai salasilah ni, saya rasa Kak Tata tuh pun saudara dekat dengan keturunan Tok Pulau Manis melalui Syed dan Tengku.
awang@dungun´s last blog ..Kacang Rebuh Makcik Halimah
Che Muda dgn Tok Yuh sepupu .
Mak dgn Tok Yuh Cucu Spupu .
Cik jarah dgn Toki Aman Spupu .
jadi bila Cik Jarah kawin dgn Toki Aman – Emak Kero jd anak 2 pupu .
Tata kena dgn Tengku Che Abdul Jalil ke kena dgn Siti Zainab yg berkahwin dgn Sultan Zainal Abidin 1 ?
buku tu mungkin ayah abg sobri yg jaga. Yg pastinya mmg tersimpan di tanah lot
oomak oi…rebuk2 jadi nya…maaf semua saya pom amat sebuk akhir2 ni…”buku tu mungkin ayah abg sobri yg jaga. Yg pastinya mmg tersimpan di tanah lot”…ni saya agak keliru…persoalan ?buku apa?
buku salah silah tok pulau manis , sejarah tranung
ooo…tak pasti…tapi rase2 ade…sebab saya pernah hadir mesyuarat pondok tok pulau manis di kampung serada yg dikendalikan oleh cucu beliau…tapi maklumat lanjut saye tak pasti cucu yang empunya pondok ni dari ayah yang mane…
buku sejarah terengganu saya pernah baca…
saya pn ada bc buku sjarah tranung dlm buku text skolah. kui3..
Salam, saya adalah susur galur Tok Pulau manis Di Kelantan, Mohon maklumat tentang susur galur dan salasilah atau buku salasilah tok pulau manis di ZTerengganu dan dungun.
Salam Mohd Najib, maaf lambat reply. Kalau nk ketahui lebih lanjut boleh turun ke sni berjumpa dgn ayah saya . Mengenai buku tu dia yg lebih tahu.
Menarik jugak dan menjadi kajian saya pulak, keroro ni pulak anak Pok Hashim yang mana? Abang, adik? Aji, Awie atau antara anak-anak perempuan.
awang@dungun´s last blog ..Kacang Rebuh Makcik Halimah
heheheh.. that would remain to be a secret for now.
@awang byk tahu mengenai hal persatuan. Awang ahli persatuan ?
Tak, sebab jauh, cuma banyak godeh dan korek cerita, kena ada network huhuhu…
Pergh dasyat keroro mengumpil salah silah semua. memang rajin mencari, dulu hajat nak jadi ahli sejarawan ke
Balistix´s last blog ..My battlestation
subject terbaik masa zaman skolah dlu history. org lain semua pening kepala nk igt tarikh, tahun nama n tempat. aku excel dlm tu.. Dr situ la kot minat sejarah
Skrg ni fikir2 kalau dpt jd historian bertauliah ok gak bal.
List di atas adalah benar. Daud anak tok pulau manis, bukan cucu.. Siapa² yg tidak percaya boleh recheck dgn pok sendiri. Bukti ada dgn dia.. rsnya ayah itam tahu jugak. bleh check dgn dia
bile tokki aman takdok barulah nak korek blake.masa tokki aman ada takdok pon sibuk-sibuk anak cucu cicit nak g jenguk. tokki sakit tua…duduk umah pusaka sorang-sorang diri takdok pon sibuk-sibuk nok pikr camane nok jaga kebajikan tokki.mase beberapa bln lagi nak meninggal barulah nak lelaki dia yg bongsu tu pegi duduk balik nge tokki. tupun setelah tak mampu nak bayar sewa umah sendiri. bini dia ( menantu tokki ) lagi hampeh…bagi makan minum tokki aman ala kadar jer…kalo duit cepat je nak belasah..mintak maapla kalu kritikan ini secara bertrus terang tapi itulah hakikatnya yg perlu anak cucu tokki aman tau disaat akhir hayatnya……..
minta maapla sedara. ms toki aman ada pn mmg dah tahu salah silah saya. kalau taknak terima pn tak apa ,
yg cerita psl pertalian darah ni pn toki aman sendiri sblm dia meninggal. benda ni mak saya dgr sendiri dr toki aman. hanya Allah shj yg maha mengetahui . Terima Kasih, mintak maaf byk2.
@keliwon / tukang perati
utk pengetahuan keliwon, siar2 cerita THT ni takde dpt duit, nak nama pn tidak. My only concern is that people take credit without recognition to the real owner and some of them change the story for their own benefits, i dont like to see these kind of things happen to my ancestor because for they are a very respectful people in dungun
A’kum, baru baca kenaan Tok ku pulau manis ni. memang related dengan keturunan almarhum ni. sampai sekarang pun kaum keluarga masih lagi mengunjungi dan menjaga makam nya di pulau manis, serada tu. dan pada setiap tahun hari kedua raya tata akan balik ke pulau manis dan sanak saudara yang berada di terengganu akan kunjungi makam pada raya 6 selalunya. tak pandai nak bercerita tentang susul galur ni tapi very close dengan keturunan sultan zainal abidin 1 kerana almarhum tengku aishah mandak (isteri baginda) jatuh pangkat ninda saudara dengan tata sebelah ibu. harap dapat jumpa dengan semua keturunan THT satu hari nanti.
@tata
Bagus btl kluarga tata masih menjenguk maqam T.Pulau Manis. maqam zainal anak kpd daud b sheikh abdul malik ada di dungun tp x tahu la kiranya cucu cicit dia masih menjenguk atau tak.