Wayang di Dataran Merdeka Dungun
Dua tiga hari lepas kami melalui jalan yang dahulunya dikenali sebagai jalan zink merah yg kini dipanggil Dataran Merdeka .. Berhadapan dgn taman permainan / istirehat dekat jalan kelab lama dungun. Kemudian ternampak la ada tayangan wayang pacak . Cewah wayang pacak.. klasik sungguh namanya. Wayang pacak ataupun lebih dikenali dgn tayangan video projector kini diadakan setiap malam bermula dr jam 9 sehingga 12 mlm. Berikut adalah iklan dari MPDD ;
Pihak Majlis Perbandaran Dungun telah mengadakan tayangan terbuka atau lebih dikenali sebagai ‘ Wayang Pacak’. Wayang Pacak ini telah bemula pada 26 Mei 2009 bertempat di Dataran Dewan Merdeka, Dungun. Masa berlangsungnya tayangan ini adalah sekitar jam 9.00 hingga 12.00 malam. Siaran Langsung perlawanan bola sepak juga turut disiarkan. Dengan adanya Wayang Pacak ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim antara pengunjung yang hadir. Orang ramai dijemput hadir ke Dataran Dataran Dewan Merdeka untuk sama-sama memeriahkan pertunjukan Wayang Pacak.
Ramai jugak orang yg datang, kebanyakkannya bawak family , bini anak2 . Ada jugak org2 muda yg datang bwk awek.. ada jugak awek2 dtg beramai2 .. Walaupun begitu masih belum cukup meriah . Dan ada jugak yg spoil tayangan tersebut dengan memparking betul2 dekat dgn skrin projector. Kepada pakcik2 dan abang2 yg tak prihatin tuh, prihatin la sket dan sila la parking kat blkg2.. nk duk depan bwk body je dahla. takyah la bwk van besar gedabak duk depan skrin..
waktu kami lalu haritu dia tayang cerita aksi thailand dan sebelum pada tu pula cerita action omputeh. Kami tak stay lama di situ, hanya nk tgk apa yg berlaku shj. Kebetulan balik dr menjenguk Pekan Budaya yg skrg ini sedang berlangsung selama 27 hari di Padang Astaka Dungun.
Dungun.Net tolong promote usaha MPPD memeriahkan bandar Dungun. Sesungguhnya kalau kami tak lalu area tersebut maka sampai sudahla kami tak tahu ada wayang pree .
Cakap pasal jalan zink merah . Dulu kalau nk tunjuk jalan kat kawasan tersebut, semua org kenal jalan zink merah. Skrg zink merah tinggal kenangan… Keroro pernah pegi Monster Truck road show kat zink merah.. Siap boleh nmpk tikus2 yg lari ketakutan semasa kereta tersebut melompat atas kereta2 buruk yg ditindan2. heheheheh..


salam..nnti ader ms nak ambik jgk peluang g tgk wayang pacak..thanks atas info tu.
ur welkam..
waaah…kreatif dan inovatif jugak rupa2nya MPD.
hari pasar mggu kiter sekurge belli2 nthen makennn2 kat taman astakona kat wayang memacak tu …bezzzz
boss. lama tak dtg. bisness bagus?
biznes menten….buat2 sebuk…pok pun dah ade kete…so…jarakla sket
wayang pacak kat dewan zink merah? dulu masa tahun 70an selalu ikut aruah ayahnda gi tengok wayang pacak kat sungai buaya (selepas surau SB). sebelum wayang dipancarkan jabatan penerangan akan siarkan berita tentang peristiwa2 yang berlaku di seluruh malaysia. Pekerja jabatan penerangan yang selalu buat duty ialah pakcik ismail wayang gambar (duduk kat jalan no 4 dan sekarang bermastautin di johor). Insya Allah pertengahan julai ni balik dungun, so nak pergi tengoklah wayang pacak tu.
TATA
best wat layan pale tapi bunyi tak power r….