Tok Tambun berlaga Lembu

Tok Tambun berlaga Lembu

Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved

Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.

Pada hari tersebut, Hulubalang Hitam Tambun @ Tok Tambun sedang mengobek sirih di beranda rumahnya. Datang anak cucu Tok Tambun memberitahu ada orang datang dr Kuala Berang mengajak berlaga lembu.   Tetapi Tok Tambun hanya mempunyai lembu betina manakala si pengajak laga tadi mempunyai lembu jantan.  Tuan kepada lembu yg mengajak berlaga pula telahpun merantau serata Terengganu dan menang berlaga di setiap kampung yang beliau pergi. Apabila sampai di Dungun, beliau meminta untuk berlaga lembu dgn Tok Tambun.


Apabila mengetahui yang lembu Tok Tambun betina, tuan lembu tersebut berkata yang beliau tidak mahu berlaga dengan lembu betina kerana lembu jantannya kuat. Lalu Tok Tambun mengeluarkan titah , ” nak laga, lagalah ” .



surau kg tengah

Sewaktu lembu dilepaskan utk berlaga, Tok Tambun sedang mengobek sireh.  Muka gobek sirih pd waktu itu mengadap ke atas.  Tok Tambun lalu memusing kepala gobek ke bawah . Di waktu yg sama lembu jantan td jatuh tidur di tanah.  Lembu betina Tok Tambun apa lagi, terus menyodok lembu jantan tersebut tak berhenti.  Budak2 yg berada di kawasan melihat laga lembu masing bersorak  melihat keadaan tersebut.
Melihatkan lembunya disodok bertubi² , tuan lembu tersebut merayu kepada Tok Tambun supaya berhenti kerana tak mahu lembunya mati. Lalu Tok Tambun memusingkan kembali kepala gobek ke atas.  Dan lembu jantan yang tertidur tadi bangun lemah longlai tidak bermaya lagi untuk berlaga. Terus tuan lembu jantan bersumpah tidak mahu berlaga lagi selepas itu.

Kejadian laga lembu ini berlaku di belakang kedai Bata di Kuala Dungun berdekatan dengan kubur Surau Kg. Tengah berhadapan dengan rumah Tok Tambun.

Ramai yang menjadi saksi kepada cerita ini. Antara yang melihat laga lembu tersebut adalah ;

  • Abdullah ( pok long dollah – anak sulung Tok Tambun ) berumur 40 tahun sewaktu kejadian ini.
  • Tok  Su Umor bulu – 25 tahun
  • Ayah Che Ko Telaga – 16 tahun
  • Umor Uban – 20 tahun
  • Pok Awang Godok Bong – 11 tahun
  • Pok Hitam Mat Jadan – 30 tahun
  • anak2 Tok Tambun iaitu mek sena, intan , tok ngah tijah .

Cerita ini disampaikan kepada anak cucu Tok Tambun oleh Pok Long Dollah semasa beliau masih hidup.

March 9, 2009 |  by  |  Dungun, Sejarah

Related posts:

  1. Kisah Hulubalang Tambun #1
  2. Sejarah Nama Jalan Di Dungun dan Tok tambun
  3. Maqam Panglima Hitam Tambun
 





9 Comments


  1. Yer ke dok mung nih…

  2. @Mizie, @Mizie, kalau tak percaya sila pergi ke pejabat daerah. dulu di pejabat daerah ada satu frame history mengisahkan mengenai tok tambun. anda boleh selidik sendiri mengenai sejarah daerah dungun. cari org yg btl2 tahu. bukan org yg separa tahu.

    kalau tak mahu percaya jugak boleh jumpa sendiri dgn pok hashim sg. udang. cicit tok tambun.

  3. Keroro, gambar rumah tu nostalgia nya. masa kecik2 dulu rajing duk g situ ngan moyang saya mok haj kalsom. Rasanya ada gok g ngan Tg Teh Mariam (hok duduk jalan no 1 depan umah along kawa). Molek lagi ke umah tu keroro.

    Selain dari nama pok long dollah dan tok su omar (kalu tak silap bapa2 saudara saya panggil pok su umor)hok saya tahu adalah che kor telaga tu.

    kepada mizie, kalu betul u anak dungun, dilahirkan didungun, dibesarkan didungun, U kena tahu kisah2 sebegini. Siapa pembuka dungun dan kaitan dengan sekeliling, tapi kalu u minatlah, kalu tak minat dok leh nok paksa tapi jangan argue kepada orang yang tahu sejarah dungun .

    • ya benar sekali…bak kate pepatah…hanya manikam yang kenai muthu sami…Apa yang pentiiiing…..?

  4. tu surau tuh tata. surau kg tengah molek lagi tp sejak Toki tadop ni mcm sunyi la sikit.

    betul tu. kalau tak tau kita bertanya, jgnla pulak memperkecil kecilkan sesuatu yang kita tak tau. nnt malu diri sendiri.

  5. keroro, teringin jugok nok jupa ngan warih waroh ni tapi dok tahu bila. TATA pulok kalu balik dungun pung dok lama, dalam 4 hari je. kalau balik musim raya lagilah, banyak tempat nok kena gi ziarah raya. nantilah Insya Allah satu hari nanti kita jupe, nok kena deal ngan awang ni, baru best sket. Sampaikan salam untuk pok hashim

    • set la masa yg sesuai… pas tu buatla pengumuman…sertakan sekali alasan ato feedback nak hadir ke tak?