Pewaris Anak Dungun

March 10, 2009  |  Dungun, Sejarah

Pok Rosli kita aka Dato’ Rosli Mat Hassan ada mencipta sebuah lagu bertajuk Pewaris Anak Dungun nyanyian Ramli Sarip . Di dalamnya ada terkandung cerita mengenai Tok Tambun , perintis bandar dungun.   Lagu ini seringkali berkumandang di majlis Anak Dungun di Perantauan setiap tahun di Kuala Lumpur.  Di sini saya sertakan lirik lagu tersebut;

Pewaris Anak Dungun
Selagi ku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis Bandar Dungun

Selagi ku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagi ku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagi ku ingat
Di Dewan Merdeka, tahun 1974
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
JKKK seluruh negeri dilancarkan

Selagi ku ingat
Uri tembuni kelahiranku
Bersemadi di bumi Dungun

Akan kukorbankan
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris anak Dungun

Lagu ini boleh didapati di : http://mydungun.blogspot.com/2008/02/lagu-dungun.html

artikel ini ditujukan khas buat mereka² yang terlalu sangsi dgn artikel2 mengenai Tok Tambun.  Jadi  kalau tok tambun tu tak wujud tak betul ceritanya, takkan pulak Pok Rosli nak masukkan dalam paragraph pertama lirik lagu beliau ?  .  Takkan pula nak diceritakan dan terpapar kisahnya di Pejabat Daerah Dungun .  Buktinya ada di Kuala Dungun . Nama jalan2 Tambun, Jalan Pak Dagang, Jalan Panglima. Kuburnya sehingga kini masih utuh di Surau Kg. Tengah. Bahkan ramai anak cucu cicitnya yang masih sihat dan ada yang berblog di internet :)

 

7 Comments


  1. keroro, selain dari lagu pewaris anak dungun, ada lagi lagu lain rasanya tapi semuanya berkaitan ngan dungun lah. keroro g doh ke kat jabat PARDU tu. saya setuju dengan apa yang keroro kata, kalu tok tambun ni tak wujud tak kan lah pok li sesuka hati buat cerita dan tulis lirik kerana pok li adalah seorang yang amat teliti tentang sejarah dungun ni mentelah dia asalanya orang kumpal. Saya sendiri dulu tinggal di Jalan panglima, mizie ni area mana kat dungun. tolong khabor sket.

  2. ada tgk lagu2 lain tu tp web mydungun dah ceritakan pslnya so keroro x nak la kacau artikel org lain. tp sejarah yg pok rosli tau still lari sikit dr yg asal.

    yg psl budak2 ni pulak, ni yg susah bila org dungun sendri dop tau sejarah dungun.

    • keroro, kena gi pejabat persatuan sejarah daerah dungun ni. eh ada lagi ke persatuan ni kat dungun. Dulu S/usaha dia En Awang Abdullah. Lepas tu kita announce adakan seminar sehari mengenai tok tambun dan pembukaan daerah dungun ni, budak2 lening dok satu mende satu ni.

  3. dekat mana persatuan sejarah daerah dungun? saya org dungun tp langsung tak pernah dgr adanya persatuan tersebut.

    dan kalau ada, knp drg tak ikhtiar utk mengarkibkan sejarah Tambun nih..

  4. orang skunk ni cume tahu lagu DUngun MEmbangun…

  5. baru ni juppe pok rosli pejabat tanah…cume sempat bertanya khabar saja…kelihatan dia pun sibuk… dan saya pun sibuk jugak…

  6. Lagu ini seringkali berkumandang di majlis Anak Dungun di Perantauan setiap tahun di Kuala Lumpur. bila tuh??