Archive for March, 2009
Pok Rosli kita aka Dato’ Rosli Mat Hassan ada mencipta sebuah lagu bertajuk Pewaris Anak Dungun nyanyian Ramli Sarip . Di dalamnya ada terkandung cerita mengenai Tok Tambun , perintis bandar dungun. Lagu ini seringkali berkumandang di majlis Anak Dungun di Perantauan setiap tahun di Kuala Lumpur. Di sini saya sertakan lirik lagu tersebut;
Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved
Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.
Pada hari tersebut, Hulubalang Hitam Tambun @ Tok Tambun sedang mengobek sirih di beranda rumahnya. Datang anak cucu Tok Tambun memberitahu ada orang datang dr Kuala Berang mengajak berlaga lembu. Tetapi Tok Tambun hanya mempunyai lembu betina manakala si pengajak laga tadi mempunyai lembu jantan. Tuan kepada lembu yg mengajak berlaga pula telahpun merantau serata Terengganu dan menang berlaga di setiap kampung yang beliau pergi. Apabila sampai di Dungun, beliau meminta untuk berlaga lembu dgn Tok Tambun.
Apabila mengetahui yang lembu Tok Tambun betina, tuan lembu tersebut berkata yang beliau tidak mahu berlaga dengan lembu betina kerana lembu jantannya kuat. Lalu Tok Tambun mengeluarkan titah , ” nak laga, lagalah ” .
Read More

