Seri Bunian
Ada pernah satu ketika aku terdengar orang orang tua bercerita . Di suatu masa dlu semasa Dungun penuh dengan orang2 handalan berilmu seperti Hulubalang Tambun, Mat kilau dan ramai lagi, Teluk Gadung aka Bukit Bauk adalah tempat berhimpunnya segala jenis makhluk bunian.. Dan gua yg ada di bukit Telok Gadung tuh, adalah tempat di mana pendekar2 di zaman dahulu menuntut ilmu. Kiranya ala2 Hang Tuah lima beradik dlu lah.. Gua yang ada sekarang ni yg diketahui kita tak sama dgn gua yg pendekar2 dahulu kala menuntut ilmu. Gua yang mereka masuk adalah kena jampi2 serapahnya dan ada requirement tertentu sebelum dapat masuk. Sekarang ni kalau dicari mungkin sampai sudah tak jumpa. Dalam gua tersebut jugaklah adanya harta2 karun yang disorok geng Lang Merah yg ditangkap pengikut2 Tok Tambun.
Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved
Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.
Indah mulia istana bunian
puteri bunian manis menawan
indah mulia istana bunian
puteri bunian manis menawanberat rasa nak ku tinggalkan lah sayang
kerna hati dah tertawan
bagai bulan jatuh di tanah
wahai puteri seri bunian
bagai bulan jatuh di tanah
wahai puteri seri bunian
Kadang2.. kalau kita bertanya pada orang yg kelaut. Mereka sll berjumpa dgn makhluk2 ni sewaktu mencari rezeki. Tiba2 je muncul dua susuk badan besar tggi hitam legam duduk di sblh perahu . Dan sllnya nelayan2 ni akan bg ikan percuma kepada mereka. Tak lama kemudian tiba2 terbau ikan panggang dari arah bukit Teluk Gadung..
Apa kena mengenanya dgn lagu P.Ramlee ni ?
Bila terdengar lagu Sri Bunian ni sy teringat pd kisah bunian di bukit bauk. Dan khabarnya lagu gubahan P.Ramlee yg ini juga mmg menarik perhatian orang bunian sendiri.. Ntah betul tidak wallahualam.. P. Ramlee pada waktu dahulu sll datang ke Dungun buat show . Pasal dlu Dungun, Terengganu ni faymous atas sbb adanya bukit besi. pelbagai bangsa , kaum berkumpul di Dungun utk bekerja di Bukit Besi dan P.Ramlee pula selalunya beliau menetap di Molek Inn . Kalau tak percaya boleh pegi ke Molek Inn dan bertanya sendiri sejarah Molek Inn dan penghuninya dr zaman 50′s hingga sekarang.



kehairanan…terkejut…kenapa padang astaka dipagar…?
ada ceramah aman pas sempena pilihanraya akan dtg dan krisis perak. itu yg org sg.buaya kabo 2 3 hr lepas..
ooooo…tok guru nak datang….patut la
keroro. nak tanya sikit. molek inn ni ada lagi ke. kalau nak inap berapa harga dia ye
@TATADUNGUN, Sri Molek Inn-210, Jalan Besar, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Tel : 09-844 1700/2/3
+60 9 841700
+60 9 841166
heran jugak drg ni.. buat hotel tp x buat website. pelancong nk cari harga pn susah.. molek inn sy tak tau harga brp. kalau mayang resort harganya dlm 250++ utk satu mlm. siap jakuzi
@Keroro, terima kasih atas beritahu kenaan molek inn. kalau mayang sari resort saya biasa inap kat situ walaupun rumah saya selang 3 buah je dari mayang sari tu.
kalau gtu tata boleh bgtau berapa harga menginap di mayang sari ?