Kisah Hulubalang Tambun #2
Menangkap perompak di Kertih
Kertih pada waktu dahulu maju dgn tanaman lada hitam dan kelapa.
Pada era 1903 , orang² cina bekerja di tapak lada hitam berdekatan kawasan Ranggun.
Perompak2 cina yang duduk di Nyior Matir bercadang hendak merompak tokey Seng Ho . Penguasa yang mendengar khabar berita tersebut lalu menitahkan Tok Tambun menangkap perompak2 tersebut.
Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved
Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.
Tok Tambun pergi seramai 12 orang. Antara Orang2 kanan yg beliau bawa sekali adalah
- Abdullah
- Abdul Ghani ( ayah Toki Aman – menantu Tok Tambun )
- Seman pinang kote
- Seman tikis
- Salleh Andir
Mereka bertolak dr Kuala Dungun menaiki perahu ke Kertih.
Sesampai sahaja di sana, terlihat ada 2 perompak bersenjatakan senapang berjaga di khemah2 perompak. 10 orang lagi berada di dalam khemah.
Jarak dr gigi pantai ke khemah adalah lebih kurang dalam 200 meter. Melihat keadaan tersebut, Abdullah lalu bersuara memberitahu ” Cina ada senapang ” . Habis saja sebutan ayat tersebut di mulut Abdullah, Tok Tambun telahpun berdiri di sblh perompak tersebut dan menepuk sekali di leher. Lalu kesemua perompak yg diluar bersenapang dan yang di dalam khemah rebah sekaligus .
12 orang perompak kemudian di bawa balik ke kuala dungun diserahkan kepada Tengku Che Abdul Jalil. Kemudian di hantar ke Kuala Terengganu utk hukuman selanjutnya.
Di atas jasa Tok Tambun menangkap perompak perompak tersebut, kerajaan Terengganu telah menghadiahkan seringgit wang perak kepada Tok Tambun dan orang orangnya.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun , Wali Allah S.W.T .
Sedikit profil mengenai Tok Tambun ;
- Tapak rumah Tok Tambun di Kuala Dungun kini adalah sebuah kedai Emas Bapak Ayam berhadapan Public Book Store
- Daud Panglima , adik ipar Tok tambun pula duduk di tapak Sekolah Cina di Kuala Dungun





pergh! kagum aku. mantap. rajin ko buat homework
eh, apakata ko bukukan kisah tok tambun tu. takla kisah beliau hilang dimakan zaman
roshaizuls last blog post..Iklan Layanan Masyarakat 1
@roshaizul, aah.. penat aku korek nih.. huhu
gali jangan tak gali…
Bagus!!! Saya respect sangat pada Keroro nih.
Apa yang saya tahu ialah cerita LAng Merah dan kumpulannya sahaja.
Cerita perompak ini tidak pula saya tahu.
Mungkin Keroro boleh tambah lagi, pasal harta yang hilang diambil Lanun itu….
Kisah Tok Tambun tersebut diceritakan pada saya oleh seorg Kaunselor SMKSED dan Pengawal SK.Sura..
Diberitahu bahawa, harta tersebut disembunyikanpada 2 tempat iaitu rumah api (Seberang pintasan) dan Gua Buta ( Teluk Gadung )..
Apa2 pun allahualam.. hanya tuhan yang tahu.
Taniah lah kepada Dungun.Net
Saya kagum pada awak….
Wassalam….
Masokiss last blog post..8th National Scout Jamboree 25 – 30 April 2009 Trang, Thailand
@Masokis, pengawal sekolah sura….abang ya kot…menantu pok…
@Masokis, kauselor serri dungun tupon ade link gak rasa2…familiar…
@Masokis, cerita tu melibatkan sebuah intitusi kerabat diraja.. pemberi cerita tak berapa nk benarkan bercerita mengenainya.. tp mmg btl la sbb kejadian tersebut berlaku kat teluk gadung dan mmg ada harta karun di sana
masokis ni komandotrg ? tahniah atas pelancaran dungun.org .
@sobri ismail, betul la tu. pok ya menantu pok
Keroro, rajin betul ko cari menda2 ni eh. haha.
Mints last blog post..A new semester
@Mint, aku mmg rajin. tp org yg suka mengcopy artikel aku tuh yg buat aku rasa x rajin
Haaa.. betullah tu. cter pasal sabut nyior, lang merah dan kelutung nyior…
Ada ura-ura… lang merah kuburnya ada diatas bukit bauk.. kalu kita imbas. blakang bukit bauk, ialah teluk gadung….
Masa saya sek menengah dulu, kerap juga mendaki ke belakang tu. Mesti ramai yang xtahu. kat teluk gadung ada air terjun. kawasan tu, ada satu perkampungan terbiar… nampak sgt dah lama…
Saya ada gambarnya.tapi bukan dalam bentuk digital. maklumlah pakai kamera lama….
nanti saya scan.. (semester depan kot, baru nak beli scanner. xde duit sgt ni.)
Dicerita kan jugak oleh guard sek sura tersebut, bahawa kubur lang merah tu bergerak! maknanya, tempatnya beralih-ralih….
Untuk makluman, kauselor SMKSED jugak ada menceritakan tentang satu aliran silat yang dibuat oleh Tok Tambun. Namanya silat Ponggok (diambil daripada perkataan KUTIP. kerana mengutip ilmu2 silat lain dan dicampur serta diselaraskan). Tok gurunya ada di Bukit tebuk.. masih mengajar ilmu senibela diri ni. Dimaklumkan juga, silat nilah yang menewaskan Lang Merah…
antara salah satu gerak silat ponggok yang saya tahu ialah kunci helang…
hhmmmmm…. nama pun mcm ada kaitan kan?
Entahlah.. harap2, ada pihak yang lebih arif tampil untuk berkongsi sejarah wira kita.
walallahualam….
Hmm. silat ponggok deeehh.. tuh aliran keluarga ambe tuh.. dulu masa ambe kecik2, rajing gok laa gi tengok orang main silat pongok di gelangang sedara mare ambe dekat sipang nok masuk ke masjid sura lama.. oloh.. jalan skoloh sura tuh laaa…