Kisah Hulubalang Tambun #2
Menangkap perompak di Kertih
Kertih pada waktu dahulu maju dgn tanaman lada hitam dan kelapa.
Pada era 1903 , orang² cina bekerja di tapak lada hitam berdekatan kawasan Ranggun.
Perompak2 cina yang duduk di Nyior Matir bercadang hendak merompak tokey Seng Ho . Penguasa yang mendengar khabar berita tersebut lalu menitahkan Tok Tambun menangkap perompak2 tersebut.
Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . © Dungun.Net All Right Reserved
Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.
Tok Tambun pergi seramai 12 orang. Antara Orang2 kanan yg beliau bawa sekali adalah
- Abdullah
- Abdul Ghani ( ayah Toki Aman – menantu Tok Tambun )
- Seman pinang kote
- Seman tikis
- Salleh Andir
Mereka bertolak dr Kuala Dungun menaiki perahu ke Kertih.
Sesampai sahaja di sana, terlihat ada 2 perompak bersenjatakan senapang berjaga di khemah2 perompak. 10 orang lagi berada di dalam khemah.
Jarak dr gigi pantai ke khemah adalah lebih kurang dalam 200 meter. Melihat keadaan tersebut, Abdullah lalu bersuara memberitahu ” Cina ada senapang ” . Habis saja sebutan ayat tersebut di mulut Abdullah, Tok Tambun telahpun berdiri di sblh perompak tersebut dan menepuk sekali di leher. Lalu kesemua perompak yg diluar bersenapang dan yang di dalam khemah rebah sekaligus .
12 orang perompak kemudian di bawa balik ke kuala dungun diserahkan kepada Tengku Che Abdul Jalil. Kemudian di hantar ke Kuala Terengganu utk hukuman selanjutnya.
Di atas jasa Tok Tambun menangkap perompak perompak tersebut, kerajaan Terengganu telah menghadiahkan seringgit wang perak kepada Tok Tambun dan orang orangnya.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun , Wali Allah S.W.T .
Sedikit profil mengenai Tok Tambun ;
- Tapak rumah Tok Tambun di Kuala Dungun kini adalah sebuah kedai Emas Bapak Ayam berhadapan Public Book Store
- Daud Panglima , adik ipar Tok tambun pula duduk di tapak Sekolah Cina di Kuala Dungun

kalu rajin, jemputlah masuk ke Dungun.OrG … blog kami xseberapa jer…
Hosting pun free jer… hahahaaa.. layan..
Saudara Masokis…Silat Pongok bukan ponggok.
Saudara Masokis, Silat Pongok, bukan ponggok. Mungkin ada salah taip kot.
nih panda2 sebut silat pongok nih.. nok tanye laa se soklang nih…. apa senjata rasmi silat pongok nih??????? kalu sape buleh jawab dengan betul, maksudnya die memang tahu sangat pasal silat atau sejaroh keluarga tok tambun nih!!
hmmm… sangsi2
@Mizie, setahu saya la.. org yg duk sura tu semua anak beranak tok tambun jugak.
mitok maah deeehhh… dok seme orang sura tuh anok branok tok tambun.. correction besor2 tuh.. alure tok tambun nih kalu deme nok tahu sangat, kena gi jupe ngan nyang ambe..toki manap sura.. rumoh dia dekat ngan sejik lama sura..insyaallah dier buleh tulong describe ke mung!
siapa toki manap tuh? dia tahu ke tok tambun ada brp org anak beranak ? dia tahu ke brp org cucu cicit tok tambun hasil dr pernikahan anak2 tok tambun? dia tahu ke cucu tok tambun?
LOL.. hang yg kena g jumpa cicit tok tambun iaitu Pok Kasim kat sg. udang kalu nk tahu sgt kisah Tok Tambun! Boleh direct lineage dia sendiri describe ke mung!
hmmmm… rileks la. Awang, klu tahu bnayk cter pasal silat ni. Tlg terangkan lagi ya.
Pastu mizie, sabar eh.
Mizie buak silat pongok gak ker? Hummm.. kuatkan semangat, tebarkan ilmu silat tu. Ramai yang nak belajar. saya pun minat.
Saya berharap mizi bleh terangkan jugak. sebab saya minat sgt untuk bljar.
Masokismezs last blog post..LinuxMalaya.Com
Saudara Masokizmez, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang Silat Pongok, pengetahuan pun hanya tidak seberapa, orang yang lebih layak adalah cucu-cucu Tok Tambun yang kebanyakkannya Tok Guru Pongok, dan jika ada pembaca yang mengetahuinya disilakan untuk berkongsi cerita. Saya pun masih lagi tengah buat research tentang sejarah Dungun, Silat Pongok dan cerita-cerita Tok Nyut Panglima Tambun.