Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net
Artikel ini Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan tanpa kebenaran.
Hulubalang Tambun ataupun Pok Hitam Tambun adalah lagenda sejarah daerah Dungun.
Beliau adalah hulubalang ternama yg terkenal di Negeri Terengganu, Pahang , Kelantan dan Johor. Sebelum ini Dungun.Net telah menceritakan mengenai keturunan Tambun membuka daerah Dungun. Dalam artikel kali ini,Dungun.Net telah diberikan kebenaran utk menulis kisah2 kehandalan Hulubalang Tambun utk tatapan pembaca.
Tok Tambun diberikan kebenaran oleh Sultan Zainal Abidin ke 3 utk menjaga keamanan daerah Dungun. Jadi apabila berlakunya sesuatu perkara di daerah Dungun, Tok Tambun akan dipanggil utk menjaga kedamaian. Beliau bukanlah pemerintah, bukan juga ketua kampung. Tetapi lebih kepada seorang Hulubalang dan rakan kepada Sultan Zainal Abidin ke 3 , Tok Ku Paloh dan Hj. Deraman Limbong.
Pada waktu zaman penjajahan British, ramai orang orang siam yg bekerja di Dungun mencari bijih kaci. Orang² siam ni berpuak puak dan seringkali bergaduh dengan orang² Dungun. Lalu Tok Tambun dipanggil oleh penguasa utk menyelesaikan masalah tersebut.
Orang2 siam kesemuanya berkumpul di atas bukit merusuh. Tok Tambun lalu berikhtiar dan membuat 7 buah rakit. Beliau duduk di dalam air di bawah setiap 1 rakit 1 mlm sehinggalah 7 malam berturut² di dalam air. Pada hari ke 8, beliau lambai ke arah bukit memanggil orang orang siam. Orang orang siam yg sebelum ini merusuh , terus ramai ramai turun dan duduk di atas rakit tidak membantah walaupun sepatah. Dan di hantar oleh Tok Tambun ke Kuala Dungun, di serah kepada Raja Daerah Dungun pada ketika itu ialah Penguasa Dungun.
Kejadian ini berlaku di Sungai Kuala Perlis , Hulu Dungun kawasan Pasir Raja.
Begitulah hebatnya ilmu Tok Tambun.
Sedikit profil mengenai Tok Tambun;
- Beliau mempunyai ramai adik beradik akan tetapi setakat ini yang di ingati oleh pemberi cerita hanyalah Seman Pok Teh Kasim.
- Beliau adalah seorang nelayan.
- Antara pengikut Tok Tambun yang dikenali adalah Tok Su Umor Bulu.
- Mat Kilau lari dari Pahang dan menuntut ilmu dengan Tok Tambun .
- Cicit cicit Tok Tambun sehingga kini masih menetap di Daerah Dungun. Kawasan tapak tempat tinggal Tok Tambun telah diberi nama Jalan Tambun sebagai tanda penghormatan kepada beliau.
- Kisah Hulubalang Tambun #2 (1.000)
- Sejarah Nama Jalan Di Dungun dan Tok tambun (0.262)
- Silat Pongok Aliran Panglima Hitam Tambun (0.240)
- Sejarah Dungun (0.170)
- Maqam Panglima Hitam Tambun (0.115)
Tunggu sambungan kisah Hulubalang Tambun # 2 .
January 14th, 2009 at 10:24 am
harap boleh kongsi… dari cerita arwah tokki aman…Pak Itam Tambom biasa mandi di sungai dungun dan ada orang akan gosok badan beliau dengan sabut nyior oleh kerana susuk tubuh yang besar,sinonim dengan nama beliau.Rakit yang dibuat tu adalah daripada balak2 yang turun dari hulu dungun besar balak2 tu sepemeluk,tulah orang siam kehairanan melihat kekuatan beliau.Belia boleh angkat “meriam”hanya buat tongkat saje.Beliau orang yang kuat ibadat dan berzikir…1000 kali lailahaillallah…akan dicalit satu kapur kedinding…penuh calitan kapur di dinding teratak beliau…
January 14th, 2009 at 12:05 pm
Akhirnya, keluar jugak cerita.
January 14th, 2009 at 1:40 pm
byk lagi cerita ni. hehehe
January 14th, 2009 at 1:57 pm
ade la skit skit…
January 14th, 2009 at 2:06 pm
tahun 70an…tak pasti setepatnya bila…Tokki Aman masih kuat time tu…sewaktu dibina hotel untuk buat basement…semasa penggalian ada terjumpa satu jasad(ada khabar mengatakan jasad itu berdarah terkena jengkaut)lalu Toki Aman telah dipanggil…bergegas Tokki Aman pergi untuk melihat kejadian itu…tapi tak sempat.Dan yang pasti masih ada maqam “seseorang”di bawah hotel…
January 14th, 2009 at 2:24 pm
@sobri ismail,
maqam sapa? menarik cerita ni.. kisah kisah psl toki aman pn power2.. tempat area hotel kat kuala dungun tu semua anak beranak tok tambun yg duduk..
January 14th, 2009 at 2:39 pm
tak pasti siapa punya…tapi kisah nya begitu saje…
January 14th, 2009 at 11:04 pm
teruk…teluk lipat banjir air laut malam ni…
January 15th, 2009 at 12:16 am
guaner tuh? sampai kat rumah toki ke. ambik gambo..
January 15th, 2009 at 12:20 am
saya ada ambik gambo tadi. dok dang lagi nk upload