Kertih dan Paka

December 10, 2008  |  Dungun, Sejarah

edited on  21st december

Tahukah anda dari mana nama asal usul daerah Kertih dan Paka?
Ceritanya begini. Pada zaman dahulu kala , ada seorg pengait buah kelapa yg terkenal di daerah Kertih.
Pengait tersebut namanya Kote dan mempunyai seekor kera yg mahir mengait. Dan Kertih pada masa itu
mmg banyak pohon kelapa.. Sampai sekarang pun masih banyak pohon kelapa.

Jadi bila org² di Dungun nk mencari kelapa, mereka pergi ke Kerteh. Bila ditanya , ” Nak ke mana tu ? ” .
Mereka menjawab , ” Nok g kerete . Nok cari nyor ” .
Dalam slang terengganu iaitu kere dan Te . Kere ialah kera, Te ialah singkatan nama Kote .
Jadi mengikut cerita cerita orang orang tua, beginilah terjadinya nama daerah Kertih.

Paka pulak, waktu dlu ada ramai peniaga india di Dungun.  Orang india ni suka makan sirih, dan bila nk makan sirih,
kena la ada buah pinang.  Mengikut ceritanya org india panggil buah pinang sebagai buah paka ( PAKA ).
Waktu tu ada banyak buah pinang di daerah paka. Jadi lekat la panggilan paka dekat Paka..

Daerah Kertih pada asalnya adalah dibawah jajahan Daerah Dungun. Di ambil duduk di bawah jajahan daerah Kemaman
pada kali pertama pilihanraya di Terengganu. Di ambil kerana terlalu byk daerah yg di letak bawah jagaan Dungun, takut susah nk handle.. Ada jugak cerita cerita yg mengatakan Wan Mokhtar mengambil Kertih kerana kertih telahpun diketahui mempunyai minyak pada waktu ketika itu.

 

10 Comments


  1. wah! baru aku tau. aku minat sejarah tempat ni

  2. Awang@anakjatidungun

    Keroro, Kertih takde minyak, banyak well dan platform semuanya di Luar pantai Terengganu ke arah Terengganu Utara ( Kuala Terengganu, Setiu dan Besut ). Jadi kertih hanya dijadikan tempat pendaratan minyak dan gas sahaja untuk memajukan kawasan tersebut.

    • jadi mungkin maksud dorang sbb kertih bakal jd tempat pendaratan minyak. tp ye lah bila kita nmpk ada kilang minyak kita semua pakat duk pk kertih ada minyak huhuhu..

  3. ye kew..
    xthu lah pulok..
    alahh.. xpe lah.. smae je.. seme tu TERENGGANU. rite!!
    emm.. actly saya org kemaman..

    hyfas last blog post..Qurban

  4. Awang@anakjatidungun

    Gitulah, dulu dengor cerita patutnya hok buat kat Kertih buat di area Batu Rakit dan sebelah Terengganu Utara tuh, alih-alih hok tinggal buat Instep atau ILP Petronas aje.

  5. oo… agaknya kawasan proses minyak yg sekarang ni dulunya penuh dengan kelapa laa ya.

    mazudis last blog post..Perempuan Dan IT

  6. memang dulu semak samun kawasan tu, tapi sampai bila kerajaan nak biar, bangunkan supaya anak dungun boleh tambah pendapatan

  7. betui ke mcam tak percaya je sejarah awal paka dan kertih