Archive for December, 2008
Pd suatu hari di minggu lepas, line internet tiba2 tiada. Blackout .
Start dari pukul 4 sampai la esok hari. Dah ok, dah ada line tp tak dapat nk connect.
Apsal pulak ye ? jd kite pun call la line 100 cakap dgn cik kak operator,
katanya streamyx keroro dah ditukar password. Bila masa pulak daku request tukar password ?
dlm list report streamyx pn takde sapa2 request utk tukar password.
Lepas tu cik operator yg manis cakap ; ” perkara ni biasa berlaku Encik xxx ” .
Oh gitu pulok.. bagoh ni service streamyx .
bukan stakat blackout line 1 kapong, dia siap tolong ngejah password. Samseng sungguh!
Kemudian start 3 hari lepas, bermula dr jam 12 tgh mlm. Tiba2 line aku yg handsome snyp tak bergerak.
Connected tp tak gerak. Setelah 3 jam baru la boleh jalan. Takpe lagi.. dok kisoh lagi buat masa ni.
Esknya, tiba2 dia buat perangai behh.. Cuba connect ke mana2 website slow nok mapuh!
slow saje dakpe lagi. Buleh pulok error page cannot connect pls check ur DNS.
Jadi begitulah keadaannya sejak 3 hr yg lepas. Nak kata pc ku kena virus,
pakai laptop member pun serupe. Pakai wifi handphone pung serupe. Dos boleh harap la lagu ni ish.. ishh ishhhhh!
edited on 21st december
Tahukah anda dari mana nama asal usul daerah Kertih dan Paka?
Ceritanya begini. Pada zaman dahulu kala , ada seorg pengait buah kelapa yg terkenal di daerah Kertih.
Pengait tersebut namanya Kote dan mempunyai seekor kera yg mahir mengait. Dan Kertih pada masa itu
mmg banyak pohon kelapa.. Sampai sekarang pun masih banyak pohon kelapa.
Jadi bila org² di Dungun nk mencari kelapa, mereka pergi ke Kerteh. Bila ditanya , ” Nak ke mana tu ? ” .
Mereka menjawab , ” Nok g kerete . Nok cari nyor ” .
Dalam slang terengganu iaitu kere dan Te . Kere ialah kera, Te ialah singkatan nama Kote .
Jadi mengikut cerita cerita orang orang tua, beginilah terjadinya nama daerah Kertih.
Paka pulak, waktu dlu ada ramai peniaga india di Dungun. Orang india ni suka makan sirih, dan bila nk makan sirih,
kena la ada buah pinang. Mengikut ceritanya org india panggil buah pinang sebagai buah paka ( PAKA ).
Waktu tu ada banyak buah pinang di daerah paka. Jadi lekat la panggilan paka dekat Paka..
Daerah Kertih pada asalnya adalah dibawah jajahan Daerah Dungun. Di ambil duduk di bawah jajahan daerah Kemaman
pada kali pertama pilihanraya di Terengganu. Di ambil kerana terlalu byk daerah yg di letak bawah jagaan Dungun, takut susah nk handle.. Ada jugak cerita cerita yg mengatakan Wan Mokhtar mengambil Kertih kerana kertih telahpun diketahui mempunyai minyak pada waktu ketika itu.


