Sejarah Nama Jalan Di Dungun dan Tok tambun
Hak Cipta Terpelihara Dungun.Net
Kisah Keturunan Tambun adalah Hak Cipta Terpelihara diberikan oleh Hashim bin Aman kepada Dungun.Net . Tidak dibenarkan menyalin , mengolah, menyiarkan ( publish ) tanpa kebenaran dari Hashim @ Pok Hashim. Sesiapa yang inginkan kebenaran bertulis untuk mengolah, sila berjumpa dgn Pok Hashim terlebih dahulu.
Sambungan drpd Sejarah Dungun
Nama nama jalan di Dungun kebanyakkannya adalah drpd nama pemimpin2 dan orang2 besar di daerah Dungun pada zaman sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin ke 3 .
- Jalan Tambun
- Jalan Pak Dagang
- Jalan Sulaiman
- Jalan Panglima
Jalan Tambun - adalah diberi atas nama Tok Tambun ( Panglima Hitam Tambun / Pok Hitam Tambun )
Jalan Pak Dagang - Tok Tambun adalah menantu kepada Pak Dagang. Jesteru nama Jalan Pak Dagang.
Jalan Sulaiman - Sulaiman adalah biras kepada Tambun dan menantu kepada Pak Dagang.
Jalan Panglima - diberikan atas nama Daud Panglima iaitu adik ipar Tok Tambun.
Tok Tambun dikatakan orang keramat @ hulubalang yg menjaga kawasan Kuala Dungun. Perkara yg keluar dr mulutnya adalah benar, dan setiap perkara adalah mengikut kata beliau. Beliau adalah di ibaratkan raja daerah Dungun ketika itu.
Antara ilmu Tok Tambun yg plg diketahui adalah beliau boleh melompat sejauh 1 ekar tanah. Dan antara hikayat pemerintahan beliau yg paling di ingati adalah ketika beliau menitahkan utk menangkap perompak Helang Merah.
Perompak Helang Merah adalah perompak yg ditakuti pd zaman Sultan Zainal Abidin 3. Kumpulan yg terdiri drpd 4 org iaitu ;
- Helang Merah
- Sabut Kering
- Demam Tok Kebah ( demam tak kebah )
- Tunggul Buluh
Kumpulan Lang Merah di katakan melarikan diri setelah merompak di Pahang kemudiannya bersembunyi di Bukit Bauk. Tok Tambun telah menitahkan supaya perompak2 lang merah ditangkap. Yg menangkap perompak2 tersebut adalah menantu , saudara dan adik Tok tambun. Antara yg terlibat dlm penangkapan kumpulan Helang merah adalah Abdul Ghani, iaitu ayah kepada Aman, cicit tok Tambun yg masih hidup skrg. ( .. cerita ini akan bersambung di post akan dtg )
Tok Tambun dilahirkan pd 1829 . Beliau meninggal pd bulan Ramadhan tahun 1914. Kubur Tok Tambun berada di dalam kawasan masjid lama kg. Tengah berhampiran dgn Pejabat Balai Bomba daerah Dungun.
Saya menerima byk emel yg bertanyakan siapakah saya , penulis cerita ini dan siapakah pula sumber kepada cerita yg sy ceritakan ini dan apakah pula kesahihan cerita yg sy ceritakan di sini ?
Saya adalah anak kepada Pok Hashim, ataupun dikenali sbagai Hashim ( bob asin ) iaitu anak kepada Aman abd Ghani, cicit Tok Tambun. Sekiranya ada sesiapa yg ingin mengetahui sejarah Tok Tambun dan perihal yg berkaitan dgnnya bolehlah berjumpa dgn ayah saya di Sg. Udang .
kalu pok hashim sg udang lah ayah penulis, saya sendiri boleh confirm kesahihan cerita perihal tok hitam tambun ni sebab bapa saudara saya pernah kata kalu nok tahu susul galur THT ni tanyalah en hashim yang duduk kat sg udang. maknanya en hashim yang dikatakan tu bapak penulislah. Anyway terima kasih banyak2 atas info yang diberi ini kerana ini satu sejarah yang nyata. lepas ni boleh jadikan buku dan jual. saya sendiri memang ingin memiliki nya untuk simpanan peribadi.
saya pernah menetap di jalan panglima (lebih dikenali sebagai jalan no 4). saudara mara saya ramai kat sungai buaya/sungai udang/tanah lot/teluk lipat dll tempat di daerah dungun.
TATA
[Reply]
sama2.. terima kasih jugak kpd tata dungun sbb mengesahkan cerita saya. mgkut kata ayah, mmg dia antara org2 yg msh igt psl tok tambun. nk cr org yg masih igt psl tok tambun skrg ni ramai yg dah meninggal.
br2 ni ada org dr kuala terengganu datang jumpa Toki Aman s nk bertanya psl tok tambun. tu sedara tata dungun?
bagus jugak idea buat buku tu. huhuhu
[Reply]
Rasanya Tengku Muhamad yang datang kut sebab dia salah seorang yang sedang membuat susul galur kesultanan terengganu sekarang. Tengku Muhamad ni keturunan sebelah DYMM Tengku Aishah Mandak(bonda mertua Sultan Pahang sekarang - ninda saudara saya).
Tengku Muhamad juga sedang menyiapkan susul galur connection kerabat long ghafar dikelantan.
TATA
[Reply]
Terima kasih atas cerita di atas, saya copy untuk diletak ke blog saya http://daerahdungun.blogspot.com/,
cerita Tok Hitam Tambun menewaskan perompak tu selalu Bob Asin ceritakan masa saya tinggal bersama Allahyarham Tok Lijah di Sungai Udang dulu-dulu. Saya rasa keroro, dengan menggunakan blog dan web kita cuba cari-cari saudara-mara atau cucu-cicit yang kita kenal atau tidak. Insya-Allah.
Cucu Tok Joh Sungai Udang-depan kedai Allahyarham Bakdin.
[Reply]
Keroro, ada seorang lagi orang yang mungkin di gelar Raja Di Sura, Allahyarham Mahmud, mungkin keroro boleh cari cerita tu, kalau betul ada.
[Reply]
bagus post ko beb,
aku pasti ko masih lagi menjalankan kajian.
apa kata ko bukukan hasil kajian ko tu
roshaizuls last blog post..Minyak Hitam Dan Tiub Moto Untuk Dijual
[Reply]