Ketuanan Melayu
Sep 16, 2008 Featured
PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM
“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….
Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”
(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006).
Malay’s archipelago reign from sumatera , Javanese, pattani , tanah melayu and Phillippines.
Tags: ketuanan melayu



September 18th, 2008 at 9:24 am
“sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”
aku setuju ayat tu.
kita belajar sejarah mesti cite pasal kehebatan perikatan/Barisan Nasional. takde cite positif pasal misalnya dr. burhanudin, pak sako dan lain2 pejuang kemerdekaan yang dianggap “kiri”.
dan lagi, takde cerita pun secara mendalam bagaimana imigran asing datang ke tanah melayu. dan tidak ditekankan juga bagaimana perjanjian yang membolehkan orang bukan melayu menjadi warganegara.
dan juga, tidak diceritakan bagaimana 13 mei berlaku. 13 mei dianggap sebagai yang sangat sensitif. walhal ia sangat baik untuk dijadikan sempadan.
kita rakyat biasa macam diperbodohkan. dari kecik sampai la beso. tapi, siapa yang bodoh sebenarnya?
huhuhuhuhuhuh
September 18th, 2008 at 1:18 pm
betul. aku ada bc org ketengahkan isu yg ko ckp tu kat dlm satu forum local. silap dia tak menekankan sejarah dr segi undang2. dlm history mmg byk menekankan psl umno itu umno ini..
tp skrg ni kalau ditukar isi buku sjarah drg ckp kita auta plak. sdgkan sejarah hang tuah lagi dibangkitkan isu dia bukan melayu
October 10th, 2008 at 7:48 pm
Fahaman sejarah itu penting. Negara ini tentu negara Melayu kerana berajakan raja Melayu. Tidak salah untuk mengakui ‘Ketuanan Melayu’, kalau tidak ketuanan siapa pula kerana Melayu tu pun rakyat. Rakyat yang hidup di bawah naungan raja Melayu maka itu juga rakyat Melayu, rakyat kerajaan Melayu. Apa masalahnya untuk kita menerima Melayu, atau dalam minda kita masih berkonsepkan tuan-hamba dan bukannya konsep tuan rumah dan tetamu.