Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Dungun

Tadi aku lalu kot balai polis baru dan nmpk ada org tgh pasang banner majlis pengistiharan majlis perbandaran dungun. Naik taraf bandar dah dungun kite. Berlangsung dr 8 ogos sehingga ke 31 ogos ..

Antara yg diketahui adlaah Larian Jambatan Kuala Dungun pd 16 ogos , lagi 5 hari dr skrg.

DSC00316 DSC00234

Larian Jambatan Kuala Dungun sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) pada 16 Ogos ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan.

Bagi mencapai sasaran 5,000 peserta, larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran dan pelajar. Borang penyertaan akan disiarkan Harian Metro (HM) mulai esok.

Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun (MDD), Zainal Abidin Hussain berharap larian itu mampu menjana pelancong ke daerah ini yang bakal dinaikkan taraf kepada majlis perbandaran.

Menurutnya, selain bersukan, peserta secara tidak langsung boleh menikmati keindahan pantai Teluk Bidara iaitu antara pantai tercantik di negeri itu selain keunikan perkampungan nelayan Seberang Pintasan.

“Laluan larian menyusur pantai Teluk Bidara, Taman Rekreasi Teluk Bidara dan perkampungan nelayan itu menarik kerana selain bersukan, peserta dapat menghayati keindahan sumber alam seperti pantai, sungai dan keunikan perkampungan nelayan Seberang Pintasan,” katanya.

Bagi melancarkan larian yang julung kali diadakan di Dungun, penganjur mendapat kerjasama beberapa agensi swasta dan kerajaan serta orang perseorangan.

Zainal Abidin berkata majlis pengisytiharan MPD akan disempurnakan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Penglima Raja Tengku Bedrulzaman di Dataran Dewan Merdeka, pada 20 Ogos depan.

“Sempena pengisytiharan ini, kita menjangkakan kehadiran pengunjung mencecah 250,000 orang dan berharap penduduk Dungun dapat menyambut kedatangan pelancong sama ada dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Larian Jambatan Kuala Dungun dan Karnival Memancing GP Joran Pusingan ke-4 anjuran bersama MDD, kerajaan negeri, Harian Metro dan Unit Joran Berita Harian (BH) di Bilik Mesyuarat MDD, kelmarin.

Pada majlis sama, Zainal Abidin turut menyerahkan replika cek tajaan RM66,800 kepada Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail dan replika cek RM100,000 kepada Pengarang Joran, Kamal Ahmad.

Jumlah penduduk dungun mengikut pada pilihanraya yg ke 12 : 64851

Located at the mouth of Sungai Dungun just a few kilometers from Dungun at the main road to Kuala Terennganu, Kuala Dungun was first known as a iron mi ing town in the 1940’s. However with the exhaustion of iron in this area, this little town finds its survival in fishing industry. Today it is nothing more than a coastal quite fishing town in the east coast of Peninsular Malaysia. Standing in the town center are a few rows of old shop houses. Kuala Dungun is rather a dead village if it the famous Pulau Tenggol has never existed. It is a gateway to Pulau Tenggol which is about 1 hour by speedboat from the jetty. Not to forget is also the visit of leatherback turtle every year has also contribute to the economy of this little fishing town. Meanwhile the river itself is one of the spot for freshwater fishing and bamboo rafting. From this river, one can access to Ceralak Waterfalls by boat.

Share/Save/Bookmark

Comments are closed.