Wang Ehsan Terengganu
Di quote dr kata kata Ahmad Said yg dikeluarkan dekat malaysiakini
Ahmad dilaporkan berkata, sejak DKKP diperkenalkan, semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi kesan besar akibat tidak mengambil kira keperluan rakyat.
“Ada projek yang kita rancang… kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.
“Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.
“Ini yang menjadi masalah… sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.
“Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah,” katanya.
Tak pasti ayat ni terlepas kluar dkt newspaper or not.. rasa mcm tak.. kalau ada kluar pun cuma kata2 PM yg membakup wang ehsan. Sama mcm kes UMNO johor sarankan PM utk buat pelan lepaskan jawatan , tapi kat paper berita harian kluar kata UMNO johor sokong PM terus kekal. Wut ta heck.. Jauh panggang dr api. Dah tak tau mana satu boleh dipercayai.. Paper yg mmg 100% bias kat pak lah, or internet yg tak tau sahih ke tak source nya. Sendiri pikir je la ye..
Seriously. Kekadang aku rasa sekarang ni susah untuk nak membenarkan satu kenyataan yang positif dari media, tapi bila ada kenyataan yang ke arah negatif, ia mula merangsang minda untuk berpikir, dan cuba untuk membenarkannya.
[Reply]
betul jugak. bila tgk komen2 negatif, nk je kita percaya.
[Reply]