Sayangi Dungun , Dungun Membangun
RSS:
Publications
Comments

Rakyat Malaysia Rampas Pesawat

kes kes kes.. bangga la skit.. haha malaysia full of psychotic people

Rakyat M’sia cuba rampas pesawat
Apr 8, 08 3:53pm
Sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines dari Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Don Muang hari ini selepas seorang lelaki – dipercayai rakyat Malaysia – cuba merampas pesawat berkenaan.

Para pegawai berkata juruterbang pesawat yang dalam perjalanan ke Bangladesh itu membuat permohonan untuk melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Bagaimanapun, menurut Bernama, penerbangannya dilencongkan ke Don Muang yang mengendalikan penerbangan domestik.

Laporan awal menyebut lelaki itu seorang rakyat Malaysia dan bersenjatakan sebilah pisau, terbabit dalam pertengkaran dengan seorang penumpang lain.

Pesawat itu dipercayai membawa antara 50 dan 60 penumpang.

Perampas pesawat itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia kemudiannya ditahan, kata pegawai berkenaan.

  • Unique Post