Hukum Memberi dan Menjawab Salam
Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….
Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
- 1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
- 2. orang yang sedang berada didalam tandas
- 3. Orang yang sedang makan dan minum
- 4. orang yang sedang berperang
- 5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
- 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
- 7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
- 8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
- 9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
- 10. Orang yang sedang qada’ hajat.
- 11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
- 12. Orang yang sedang iqamat
- 13. Orang yang sedang mabuk.
- 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
- 15. Orang yang sedang solat
- 16. Orang gila
- 17. kanak-kanak
- 18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
- 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
- 20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Berbalik kepada persoalan ke dua, Amende nye As’Kum Assmekum? Kalau rs nk sgt bg salam, at least bg la salam dgn sebutan dan huruf yg lengkap. Tak payah nak tunjuk baik tapi malas nk type ayat yg betul. Takde maksud kalau kita taip Askum or Assemekum.
Ucapan Salam
Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
- a. Assalaamu ‘alaikum
- b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
- c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)
So kepada lelaki2 yg gatal tak ckup iman, lepas bc post ni tak boleh lagi guna alasan bg salam kat pempuan utk ngorat. Dosa ! Tuk pempuan plak, toksah la gedik suka sgt org laki bg alasan kena jwb slm yg diberi. Tak boleh juga buat tak tahu mengenai hukum ni, kerana skrg kamu dah tahu





Huhu.. Baru la tau sebenarnya kalau jawab salam seorg lelaki yang bukan mahram tu haram. Sy tak tau hukum sebenarnye tapi sy jawab je dlm hati kalau ada org bagi salam. Takpe kalau camtu plak? Bukan jawab salam tu verbally. Annoying betol la utk sape2 laki yg guna taktik nie. Huh.
Thanks for sharing! ^^
ur welcome..
kalau kena lagi ignore je huhu .. psl jwb dlm hati tu tahla.. sy takla arif sgt.
Itu la yang akan sy buat next time.
Ignore je. Haha..
qardhawi cakap lelaki bagi salam kat perempuan boleh…fatwa mana kau pakai ni?
http://albab.multiply.com/journal/item/16/Perkara_yg_tidak_sunat_memberi_salam_dan_tidak_wajib_menjawabnya..
masa belajar dulu ustaz ada jelaskan hal ni.